KATA2 semangat😭

hi mommies.. cuma nak mengadu 😭 sy takde kawan tmpt mengadu. mak ayah pun jauh. sy tggl sdri dgn husband. skrg kandungan dah masuk 37w.. Alhamdulillah barang baby dah lengkap. Skrg tggl husband je keje utk keluarga kecil kami. Sy dah resign masa awal pregnant sbbkan kes bleeding. Cumanya kita org struggle sikit utk saving, ye la lepas bersalin perlukan byk duit jugak kan. Dengan takde kenderaan, semua guna duit. Tp bila gaji je, mertua asyik call tnya dah gaji ke dah gaji ke, bila nak bg. sebelum ni tak pernah culas pun bg dia tiap bulan. walhal dia still ada husband(ayah mertua) & ada sumber duit dia sendiri. Cuma waktu skrg kita org sgt2 memerlukan & mntak dia faham sbb nak fokus utk baby.. Entah knp dia ingt kitaorg sentiasa ada duit. Plus dia skrg jaga adik ipar sy yg baru bersalin (ipar sy & suami dia tak bekerja, harapkan mertua sy je). Sy rasa stress.. knp perlu susahkan kita org yg x tggl dgn dia. Knp tak mntak menantu dia yg lelaki utk bekerja.. sdgkn dorg yg susahkan dia 😭 Sy tak berkira cuma faham la situasi skg ni. Kami pn memerlukan.. Apa yg ptt sy buat? Dah try ckp dah tp sebulan dua senyap, lepas tu mula lagi.. 😭 ni dekat nak bersalin, sy risau sy sy sbbkan baby stress sbb fikir benda ni.. #pleasehelp #bantusharing

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

apa2 pun.. suami u sebagai anak, kena slow talk dengan ibu dia. cari masa yg sesuai. better depan2 lagi senang. bukan melalui hp atau orang tengah. u sebagai menantu, jgn sesekali ungkit pasal hal ni dengan mentua. kecuali kalau mentua ada tanya soal kewangan mcm mana.. barulah u cite u skg ni tgh jimat2 sbb dah xkerja. gaji suami pun bajet2. u tak boleh mention/ ungkit hal ni dengan mentua. i risau nti dia akan cop u yg kontrol suami supaya jgn bg duit kat mentua. kalau mentua marah u ke apa.. u diam je. hal ni, kena suami u yg kena handle. dia kena ckp kat mentua pasal status kewangan u. tapi kan, bab mentua tanggung kakak ipar dan suami yg xkerja tu.. harap suami u jgn kaitkan langsung. bimbang nanti gaduh pula. cukup suami explain, status kewangan keluarga u yg cukup2 makan. kalau boleh hulur pun dlm rm50 sahaja. jangan biasakan bagi lebih dah skg. sbb kalau u bg lebih kali ni, lepas ni... kurang. nanti mentua akan cakap. aritu boleh je. ni tak pulak. tapi, alhamdulillah u tinggal asing dengan family mentua. kalau tak.. mungkin u kena topap semua kat rumah tu.

Baca lagi
2y ago

Setuju dgn Ms. N . Just support husband puan, tenangkan suami puan.. Jangan puan sibuk fikirkan hal keluarga suami puan. Fokus jaga diri dan kandungan, lps bersalin lg kena kawal emosi dek hormon dan cabaran baru kehidupan slps ada anak.

point utama is depends on your husband. terpulang pada dia nak handle mcm mna . tanggungjawab utama suami adalah nafkah isteri& anak2. tanggungjawab mentua awk terletak pada suami dia. susah nau org nak paham topik ni.berbuih mulut ustaz/ustazah ceramah. yg biawak hidup dlm rumah tu duk bela buat apa, klau adk ipaq sy duk buat mcm tu, memang naik mahkamah dah..kira apa cinta mati ka dak, dah la ambik ank org,nak membiak reti nak bela tak reti pulak. . isu kewangan ni memang ramai alami, klau ketua keluarga tak bijak handle mmg boleh timbul mcm2 isu . husband sy cakap terus terang ja klau family dia mintak. sat pak mintak sat mak mintak, adik bradik yg konon bangga keje gov pun sengkek duk mintak jgak. "sorry,tak boleh nak tlong,kami pun cukup2 makan saja"

Baca lagi

saya sejak saya duduk asing dari mertua , suami saya dah tak boleh bagi duit bulanan alhamdulillah mertua pun redha dan tak pernah tanya sbb suami memg dulu2 dah tanggung keperluan rumah and dah buat rumah utk mertua. setakat ni mertua x penah mintak duit mungkin sebab faham baru pindah dudk asing, byk duit nak pakai. alhamdulillah. sebab kami pun dah x duduk dgn mertua jadi xde isu pun bab duit ni. ada adik ipar yang stay dgn mertua hehe , so doranglah yg tanggungjawab tambah sy pun pregnant , suami jenis teliti dan agak kedekut , so dia xnak bajet lari haha 😂

Baca lagi

Stay strong awak, kesian kena hadap keluarga mentua yang macamni, sepatutnya MIL or FIL tu kena kerah biawak hidup kat rumah tu bekerja, tebal betul muka tak kerja tapi duk menumpang hasil titik peluh orang lain. Time pregnant lagi2 nak bersalin ni, memang tak boleh stress tak bagus untuk ibu. Husband awak kena tegas and slow talk dengan family dia, and kena tegur juga adik ipar yang tak bekerja tu. Tak ada alasan untuk tak bekerja bila dah ada anak bini. Sampai bila nak hidup atas kesenangan orang lain. Apapun, semoga tabah and dapat selesaikan isu ni dengan cepat

Baca lagi

Kalau saya ada PIL macam tu saya akan suruh suami saya bagitahu parent dia akan bagi bulanan berapa dan takat berapa. Bagi dorang faham kita punya anak lagi penting utk masa depan dorang. Kena faham barang sekarang mahal tak macam dulu. Kita zaman ni yang sangat struggle. Apa pun tiap bulan bagi je jangan tak bagi langsung walaupun sekadar 50/100. Suruh suami tu discuss dengan adik beradik yang lain juga. Ada beli bahan mentah ada bagi duit ada bayarkan bil macam tu, so takdalah terasa sangat parent tu. Moga dipermudahkan. Allahumma aaminn

Baca lagi
2y ago

Oh ya tentang ipar tu tak perlu fikir nanti tekanan lain pula datang. Fokus pada family kita dulu jangan stress2 ya mommy ❤️

situasi kte sme kcuali sye xde adik ipar yg mnumpang umah mntua.. awal2 preggy hsband sye da ckp kt parents dye yg duit dye ckup2 n x bley bg lebih.. stakat ape yg dye mampu je tambah plak nk bli brg2 bby.. trus trg saving memg xde.. duit gaji hbes utk blanje bulanan je.. nsihat sye, hsband kne bgtw mak dye yg dye da xde duit.. bg pun jgn bg lebih2.. bg ckup2 je or kurgkn.. klu ade wat mkn2 ke or pbelanjaan yg memerlukan duit, bg sikit je.. kdg2 kte kne tnjuk yg kte memg btol2 xde duit bru dyorg pham..

Baca lagi

Kalau jumpa mertua cuba konon2 curhat kat dia “kami tengah fikir ni mak nak jimat. nanti dah bersalin nak besar kan anak banyak nak guna duit. sekarang pun kami ada duit cukup2 makan je. jimat2.” konon macam meluah la. buat-buat macam sis tak tahu suami sis bagi duit kat mak dia.

Spttnya jika ada lbh baru boleh bagi ya sis..klu diri sndri atau kluarga kecil sis x berkecukupan,x yah bagi..bagi jika ada lbh..dahulukan diri sndri/isteri anak² dlu..Ini yg sy taw la

saya paham sangat apa sis ni rasa sebab situasi kita samaaa apa2 pun smoga kita tetap kuat slalu stress memang stress tapi smoga kita happy slalu dan dimurahkan rezeki aminnnn

Situasi mcm ni kena bykkan bw berbincang dan suami kena tegas dlm bab mcm ni.. semoga urusan sis dipermudahkan..