Luahan hati ibu mertua
Bukan tak suka kadang2 geram bila mak mertua asyik ajak datang umah dia sebab nak main dgn cucu dia. Yelah faham tu cucu pertama dia, tapi saya ni penat setiap kali cuti or tak cuti pun dia akan tanya bila nak datang umah dia? Setiap minggu. Sumpah penat nak pack2 barang berangkut barang nak tido sana dgn barang2 baby yg banyak. Kadang sy jawab mnggu depan la saya tido sana, minggu ni penat, tup2 dia cakap ngan husband pulak ajak tido umah dia. Kita kadang time cuti la nak spend time kat umah, macam2 nak buat. Rumah mertua dekat ja dalam 20 min. Slalu jugak cakap dgn husband sy tak larat if setiap minggu nak kena tido sana. Tapi dia diam ja. Ni anak pertama dah masuk 3bulan. Saya berniaga & Masa keje pun tak menentu jadi bila ada waktu cuti sy mmg perlukan rehat. Pergi keje pun sy bawa anak ke tempat keje sbb sy keje sendiri kan. Kadang kesian kan baby terpaksa bawa dia hari2 tapi apa boleh buat. Mak mertua sy pun masih bekerja (if ada yang cadangkan minta mak mertua yg jaga kan anak). Pernah ke mommies hadapi situasi ni?