Noureshal profile icon
PlatinumPlatinum

Noureshal, Malaysia

Kontributor

About Noureshal

Semoga kita semua berjaya didunia dan diakhirat ❣️

My Orders
Posts(5)
Replies(23)
Articles(0)

Telinga bayi digigit semut

Malam (dalam 1230 pagi) semasa menyusu bayi dalam keadaan mengiring, bayi saya digigit semut gatal dalam 5-6 ekor sekitar cuping telinga dan ada yang kat dalam sikit. Bayi tak nangis tapi macam tak selesa, boleh kata bayi saya cuba tahan sakit. Saya buka je lampu rupanya dah beratur dah semut nak jadikan bayi saya sebagai makanan dia 😭😭😭 menjerit lah saya tengok dah berlonggok semut kat katil walhal saya dah mop tukar cadar katil semua dalam 30minit macam tu. Telinga muka belakang leher dah merah bengkak sangat. Saya sapu miracle cream dari AppleCrumby dengan harapan kurang sikit merahnya tapi gigitan kat pipi je hilang manakala telinga masih merah menyala dan bengkak. Disebabkan panik semut masuk dalam telinga bayi, saya dan suami bergegas ke klinik swasta (Klinik Aurora Ampang) malangnya sebab bayi saya baru 4 bulan maka doktor sarankan immediately check di hospital kerajaan di Ampang dan mereka tiada kelengkapa yang cukup utk check. Sampai je di hospital doktor pakar tak ada pula, so kena tunggu sampai 7pagi. Saya kembali semula doktor pun check tak ada apa alhamdulillah nasib baik bayi tengah tidur so urusan check menggunakan kamera tu agak pantas. Doktor kata bagus datang terus sebab kalau biar bengkak mungkin telinga bayi akan berubah. Kasihannya dengar, dahlah anak perempuan kan. Tapi apa pun alhamdulillah, bayi diberikan ubat steroid saja. Dan akan ada next checkup utk tengok jika bengkak tak surut. Jika telinga anak ada menanah dan sebagainya doktor sarankan terus ke hospital. Terpaling kabut lah selain anak kena prolong jaundice dan muntah. Pengalaman betul 🤭 #firstbaby #semut #telingabayi #serangga #ants #ApplecrumbyMalaysia

Read more
Telinga bayi digigit semut
TapFluencer
undefined profile icon
Write a reply