selalu lapar

mommies ada tak mcm sy? 8 weeks and asik lapar. tak boleh tidur sbb asyik lapar padahal baru makan. dia punya lapar tu takleh bincang haha

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sama la sis, dulu masa week 5 mcm tu tak lalu makan, makan nasi 2/3 sudu je. Tak alah masa tu, ni dah masuk week 9, selera membuak2 la pulakkk. Mcm tak boleh nk control, kalau makan nasi berbuka, seblum tido mesti nk makan nasi. Haih, suami pun geleng kepala. hahaha. Tapi sejak week 9 ni makan lalu sungguh, tapi tu la lps makan muntah🤣. Tu belum makan obimin, alahai auto muntah lagi. haahhaa sabo ja laa. tapi kalau lapar tu mmg btul tak boleh bawak bincangg. hahaha

Baca lagi
4mo ago

sis skrg week 9? ok tak puasa? sy nak puasa tp risau kan baby

best nya..sy da msuk week 10 da lame xmrase nasi cmne😢asal bau org menumis je paling xsuke..tapi selera tu ade je bile bersama family makan rmai2 bile balik umh sesorg selera terus xde.minum Susu n air putih je.bskut kalau lapar sgt .berat turun mendadak🙇😢bau Ayam golek bazar ramadhan tu pom punyer la sedap tp bile beli.xleh masuk😓

Baca lagi

Saya dlu awal trimester takde langsung rasa lapar sbb tgh musim alahan muntah angin bagai. Hihi masuk je trimester 2 zuppp nafsu lapar nak makan tu makin menjadi jadi. Berat badan pon naik mendadak smpai 3 kg haha tak pasal2 kne minum air gula. Nasib baik sekali je minum and result pon alhamdulillah cantik🤲🏻🥰

Baca lagi

sama sis dri tahu je preg lapar tu dtg mcm sehari tak makan pape..pedih ulu hati..tp start 10week ne kalau sy pla lapar tu mmg masih ada tp selera pula yg takda biar pn dah lapar sangat tp sy pksa ja isi perut yg penting ada sebab tkt baby takda zat..pastu tak tahan pedih ulu hati kalau tak makan sikit pn

Baca lagi

Sy awal² minggu pun asyik lapar saja. Memang makan sungguh² sampai nak 2kg. Tapi lepas dari 8w sampai sekarang 14w sy start tak boleh makan, apa sy makan semua keluar balik. Berat pun dah drop balik. Bak kata kwn sy enjoy saja every moment yg kita tgh lalui sekarang. 🤭🤭🤭

Sama la. Saya dari weeks ke 5 smpai skrg asyik lapar. Selang 15 minit je msti perut bunyi. Kalau x isi nanti rasa mcm nk kembong perut nak loya centu. Jadi terpaksa la sentiasa standby apa2 makanan 😂 bulan puasa ni pon dh try nak puasa, tp perut x bg kerjasama. 😩

sama lah saya dulu , 5 6 weeks lapar je setiap malam lapar. kena makan kalau tak makan tak bole tidur , lepastu masuk 8weeks saya dah start ada alahan , sekarang saya stress sangat sebab kerja saya asyik nak muntah. makan pun sikit je tak macam mula mula pregnant!

saya tak rasa lapar tapi pagi siang malam muntah2 mual 😭 . kadang2 fikir kesian dkt baby dlm perut tak makan.dapat makan buah dengn air kosong dah bersyukur saya . hope hilang mual ni dpt makan sikit2 jadi la 😭😭🥺

sama. tapi saya tak lalu makan. takde selera. rasa loya je. tapi asyik lapar. lepas makan pun perut bunyi2 lagi rasa lapar 😂 lambat makan masuk angin pulak. nak tidur, lapar. bangun tidur, lapar.

Bertabahlah sis. Sy start dr awal pregnancy smpi 21w skrg ni asyik lapar je.. Dulu mse 8-15w mlm2 mesti bangun cari mknan. Skrg bln pose asyik buka awal je pkul 4-6pm dah menggelupur.