Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Sakit non stop
Assalamualaikum Mommies. Saya first mom. Sekarang 35 weeks dan saya tak tahu contraction tu macam mana. Harap ada yang boleh bantu. Malam tadi dari pukul 2 pagi saya start sakit pinggang. Diikuti dengan perut mengeras, sakit perut macam nak terberak dan kerap kencing. Sakit semua ni non stop. Ada stop kejap pun dalam seminit pastu sakit balik. Makin lama pinggang makin sakit sangat, bila sakit tu sampai ke bawah perut bahagian atas ari2. Sakit naik ke atas perut dan ke tulang punggung. Urat dekat celah kangkang pun rasa ditarik dan atas ari2 pun rasa pedih2 bila baby bergerak. Perut memang keras n hanya boasa dalam seminit dua pastu keras manjang. Saya monitor sampai subuh. Sebelum subuh tu saya tertidur dan bila bangun tak rasa sakit sangat macam sebelum tertidur. Tapi bila dah lepas solat subuh sakit tu datang balik n makin kuat. Perut pun memang mengeras saja. Mak saya kata awal lagi kalau nak kata nak bersalin pun. Atau memang macam ni rasa nak bersalin wahai mommies sekalian? Kalau pergi hospital, nak cakap macam mana? Cakap tengah contraction ke?
Ni tanda nak bersalin ke?
Sakit pinggang sangat2 macam senggugut. Luar biasa sakit kali ni. Perut sakit memulas. Malam tadi asyik buang air besar n masih rasa sakit perut nak buang air besar. Tulang pelvik memang sakit nak bergerak. Tu tanda2 ke? Baru 31 minggu. First mom.
Tanda bersalin ke?
27 minggu. Kerap sakit perut macam nak membuang. Pinggang pun dah mula sakit2 sangat. Buang air besar still normal lagi. Macam tu tanda2 nak bersalin ke? Risau terbersalin awal sangat
Sakit bahagian rusuk kanan
Sakit dekat bahagian atas perut, dekat tulang rusuk kanan. Sakit kadang rasa macam nak bengkak pun ada. Duduk sakit, baring sebelah kanan sakit. Saya 25 minggu sekarang. Normal ke sakit macam tu? Setiap masa sakit. #firstmom #pleasehelp #ingintahu #firstbaby
Detail scan
Boleh ibu2 bagitau saya pros and cons detail scan. Saya jumpa dua doktor pakar. Dua2 suggest buat detail scan. Tapi pada suami tak perlu. Kalau saya nak, suami on je. Sekiranya ada yang tak normal pada baby, apa yang ibu bapa boleh buat? #firstbaby #firstmom #ingintahu #bantusharing
Baby besar masa mengandung
Ada tak ibu2 yang mengandung baby besar tapi tak sangkut gdm? Saya tak minum air gula lagi. Latest scan baby besar saiz 3 minggu dari kandungan sebenar.
Keputihan berketul ketika bersama
Hai mommies. Bahaya tak bila Keputihan keluar ketika bersama suami. Keluar berketul. Pregnant ni sensitif sikit hidung, so ada bau masam sikit. Vagina pun selalu rasa gatal bahagian dalam #firstbaby #pleasehelp #firstmom #ingintahu
Rasa baby bergerak
9 minggu ++ nak masuk 10 minggu dah boleh rasa baby bergerak ke? Saya first time saya macam ada tendangan dekat perut bawah. Rasa macam pop macam tu kena tolak. Tu memang rasa baby bergerak ke? 😄 #firstbaby #excited1stmomhere
Menggeliat
Hai mommies. Menggeliat bahaya tak untuk ibu mengandung? Bila saya menggeliat, perut saya rasa sakit. #firstmom #firstbaby #pleasehelp #ingintahu
Long travel
Hai mommies. Awal trimester @ kandungan baru 5-6 weeks boleh ke travel jauh? Macam 8-10 jam perjalanan?#firstbaby #ingintahu #pleasehelp #firstmom