Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Solehah Ummi & Solehah Nisa
Jaundice & kata2 semangat
Assalamualaikum mummy, alhamdulillah sy telah melahirkan baby girl pada 11/3. Baby sihat cuma jaundice. Turun naik bacaan. Kena tahan wad 1 hari, semalam dah keluar. Harini bacaan naik tapi tak kena tahan wad. Sy ada susu badan, tapi baby susah nak minum lama. Doakan sy ye.
Excited Nak Beranak ?
Assalamualaikum ibu2, boleh share ke macam mana nak tukar mindset dari takut nak beranak ke excited nak beranak? Sebab saya menunggu hari, kadang-kadang malam tak dapat nak tidur sebab teringat takut sakit beranak. Kalau boleh nak tukar mindset rasa excited nak beranak. Share please ?
Urutan Perineum
Assalamualaikum ibu2, boleh ke ibu2 share pengalaman buat urutan perineum?
Pergerakan baby
Assalamualaikum mummy. Saya dah masuk 34w, saya nak tanya, ada ke mummy experience pergerakan baby dalam perut yang berbeza? Iaitu: (Pergerakan baby cukup 10 kali setiap hari mengikut waktu yg disarankan) Baby bergerak/tumbuk/tendang di tempat yg sama berulang2 kali? & ia jadi selama beberapa saat. Saya akan pergi check harini, sementara itu sy tanya mummy di sini yg mungkin ada experience yang sama.
Barang utk ke hospital
Hai mummy, sy baru masuk 34w. Ada mummy yg sudi share list brg baby & mummy utk ke hospital? Sy dah ready beg cuma nak confirmation based on pengalaman mummy disini. Thank you. ☺️
Contraction
Assalamualaikum ibu2 sekalian. Saya nak tanya pengalaman sakit contraction yg ibu2 alami & apa zikir, tips yang ibu2 amalkan masa sakit contraction? Saya nak tau sebab belum ada pengalaman, insyaallah Mac 2020 due saya. Macam hari ini, saya kena cirit. So sakit memulas perut tu sampai berpeluh2 menahan sakit. Sakit contraction boleh dikatakan sakit perut memulas tapi lebih kuat ye? Terima kasih ibu2 sudi share.☺️
Darah O+ & kuning
Assalamualaikum semua, betul ke kalau preggy mommies berdarah O+, besar kemungkinan anak yang dilahirkan akan kena kuning tinggi/lama? If betul, boleh ke ibu2 share tips utk atasi masalah ni. Dan ada tak ibu2 yg darah O+ tapi anak tak kena kuning tinggi/lama?