Pregnant dah 5 bulan tapi berat masih maintain dari awal pregnant

Macam mane ye nak naik kan berat mase pregnant ni ? Mase pregnant 6 week berat saye 48kg, lepas alahan teruk berat saye turun 46kg. Bile alahan dah takde berat saye 47kg sampai lah sekarang tak naik2. Lagipun saye ade gdm on insulin dan ubat. Bile nak makan lebih2 ni takut gula pulak naik tapi berat tak naik2.

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy time bukak buku : 48 kg next checkup 4 months : 47 kg (drop 1kg) next checkup 5 months : 49 kg latest checkup 6 months: 51.5 kg nurse cakap berat naik mendadak. so dapat pen merah kena jumpa doktor. the reason why naik berat badan is makan dkt open house. baru nak ada selera. tapi kne bebel gak dengan doktor. dah malas la nak beriya makan. sekarang makan pun tahan tahan je lapar. selagi boleh tahan, tahan. nasik sekali sehari. Btw hb makin drop dari 11.8 turun sampai 10 je. kita usaha naikkan hb tapi berat plak nak naik huuhu entahlah apa yg tak kena

Baca lagi
12mo ago

Awak jgn terlampau diet tau. Boleh memudaratkan. sy pun macam awak juga terlebih naik berat badan. sy dah jumpa pakar pemakanan, nasi tu ambil 1/2 senduk nasi (ukur guna senduk nasi). Lauk tu boleh ambil bnyk cuma kurangkan makanan berlemak (masakan santan dll.) Kalau lapar lagi, tambah lauk je. nasi tak payah tambah lagi. Makan 3 kali sehari + snek sihat 3 kali sehari. Kurangkan makan dan minum manis. Buah-buahan makan 2 hidangan sehari kalau minum susu atau apa2 sumber kalsium. 2 hidangan sehari. Kalau craving makan atau minum manis, boleh ambil sekali sehari je. Itu pun awak pilih saiz yg paling kecil. setakat ni, berat sy naik sikit ikut bmi. kalau hb tu, awak makan iron tablet pagi2 sebelum breakfast. lepas sejam atau 2 jam boleh makan breakfast dah. makan sayuran hijau banyak2. Tambah ikan bilis juga. kalau buah, sy suka mkn dragon fruit warna merah tu. jambu batu tak berapa suka 🤣 tak sedap bgi sy. my tips sebelum pergi klinik, jgn makan breakfast dlu. makan iron tablet d

Saya pun maintain je berat badan dari first checkup sampai laa sekarang. 😅 nurse tanya kenapa tak selera makan ke? Saya cakap ada selera makan, kalau lapar memang saya makan saya bagitahu nurse. Tapi tak tahu kenapa pulak berat badan tak pernah naik walaupun 1kg. 🤭 naik berapa gram je. Lepas tu turun balik. 😅

Baca lagi

awk kena tanya pendapat nurse yg in charge awk.. cerita kat nurse apa awk makan kenapa berat tak naik2.. tanya kat dia makanan apa yg sesuai utk awk.. mcm sy dulu berat terlebih naik.. sy bagitau nurse apa yg sy makan.. baru laa sy tahu yg sy masa tu terlebih karbohidrat dlm permakanan 😅

awak cek dkt swasta tgk berat baby naik ok tak.. check sonobee murah rm28. kalau berat baby normal maknanya xperlu risau. sy pon naik sekilo je masa 4bulan. gdm xda tp xpsl2 kne jumpa dietition jgk. slps minum susu mengandung similac tu baru sy berjaya naik lg sekilo masa 5bulan😆

saya sekarang 8bulan berat tak naik. masa 2nd trimester berat turun banyak sampai saya lebih ringan dari sebelum pregnant. tapi berat baby semua okay. so doctor and misi tak marah pun. cuma dorang suruh naik kan sikit berat badan. raya saya naik 500grm. dorang okay je.

saya pun gdm on ubat Metfomin, masa buka buku berat 87kg skrg 32week berat 85kg, masa scan 30week saya tanya berat baby Doc ckp normal, cuma saya kena ambik darah 2x check thyroid, doc risau punca tu berat saya tak naik.

saya bukak buku 87kg..dah obese + gdm on diet control..last berat masa bersalin 101kg... Alhamdulillah dapat nurse + doktor yg baik,tak bising pun berat naik..cuma appointment jew jadi banyak😂😂

Saya before pregnant 42kg. Sampai 5 bulan pregnant berat saya naik sampai 45kg je. Dah masuk 7 bulan nahhhh naik sampai 54kg. Kalau berat baby awak balance dengan minggu dia, sis jangan risau tau

10mo ago

Kalau lepas beranak tu, berat badan boleh turun ke? Contoh berat skrg 52kg, lepastu bby lahir 3kg. So berat badan jadi 49kg ke macam mana?

Saya masa buka buku berat 54.50 kg. Sekarang 24 weeks berat 55 kg ja. Ada gdm on diet. Janji anak dalam kandungan membesar ikut size yang sepatutnya ibu xperlu risau.

sy da 26w.. berat kejap naik kejap turun kejap maintain. tp alhamdulillah bby ok. sy pun xtahu sbb apa mcm tu.. dr ckp awak ni lepas mkn muntah blik ke... hahahaha