Serabut bile fikir

Saye belum bersalin lagi due pun bulan 9 nanti tapi family saye sibuk suruh pantang rumah die. Saye bukan taknak berpantang rumah mereke tapi bile fikirkan keadaan family saye risau saye nanti yang tak selese. Ibu saye dialisis, adik saye mengasuh anak orang dalam 6 orang semue kecik2 lagi, ayah saye pulak bekerje. Ibu saye tu pun tak berape larat sangat. Masa berpantang nantikan badan, emosi perlukan rehat tapi kalau dalam mase yang same ade mengasuh anak orang dan ibu pulak tak larat macam mane saye nak rehat. Bile saye cakap saye taknak berpantang dengan mereke sebab tak selese, ibu saye merajuk pulak dengan saye. Saye jadi serabut bile fikir bende ni. Suami saye pun tak galakkan saye berpantang rumah mereke sebab takut menyusahkan dan suami nak jage saye mase pantang nanti. Ape yang perlu saye buat ye ?

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kes sama mcm sy. Sebelum masuk trimester ke 3, Mak dh suggest suru balik kg , bersalin dan berpantang rumah mak. Waktu sblm masuk trim 3, waktu yg sesuai jalan jauh kata mak, kalau dh besar sgt xsesuai dh takut tberanak awql sbb jln darat kn ,byk goyang ..jln raya pn grubble . Dilema sgt masa tu smpai dekat due😭😂 Dan bila pikir masak2 , mmg hati nak rumah mak. Tp 😌 dlm masa sama tak nak berpisah dgn suami, rindu suami tu lain mcm 😭 sy perlukan suami saat2 sy rapuh, takut, xyakin apa semua lg2 emosi xstabil time preggy dan after delivery pn lg la emosi x stabil, nak suami ada tu alhamdulillah satu ubat penenang utk emosi lg2 lepas czer haritu. Disebabkan dh pikir mmg xbole jugak jauh dari suami. Sy pn decide , takdapat berpantang rumaj mak masa ni mak. lgpn suami nak jaga sy masa pantang nnti mak, suami kata tu tanggungjawab dia sbg suami. Lagi2 ni anak first, mesti suami.pn nak merasa pengalaman sendiri myambut anak di dewan bsalin. dan satu jawapan yg mmg xbole jugak nak berpantang ruma mak adalah, nak bsalin di hospital swasta, yg mana hospital tu link dgn AIA insurans company tempat suami bekerja. Alhamdulillah satu rezeki dari Allah swt mrasa kayangan lepas bslin haritu. masa terangkan dekat mak pn , psl insurans ni. Mak xberapa faham sgt. Nasib ada kakak sulung sy drumah mak masa tu, bole lembutkan hati mak, ambik hati mak dgn ayat² kakak masa tu. kakak bgtau , ala mak ada suami dia nak jaga . lgpn tu tanggungjawab suaminya nak jaga isteri lagi2 masa bersalin mcm tu. Bagi mereka ruang rasa pgalaman baru. Haa lg satu senang , hospital swasta nanti bsalin, nanti lepas bsalin , nnti dtg jugak tu rumah bawak cucu mak . lg2 cucu first ya yg ni 😁Mana taknya mak sy nak sgt sy bsalin dan berpantang drumah mak. Skg dh sbulan lebih dirumah mak , lepas ja berpantang 44hri , mac lalu .. sy balik kg saya bawak baby sebulan lebih balik kg. sampai ja rumah, bukan kita laki bini yg diraih, cucu yg diambil terus dari dakapan sy😂😂 lucu moment tu

Baca lagi

cakap je taknak susahkan family. saya guna alasan tu masa nak bagitau mak sebelum bersalin tahun lepas. kebetulan mak pun bukan kuat sangat. cuma ayat tu kena manis sikit la supaya orang tua tak terasa hati. cakap la bukan tak suka rumah mak cuma mak dah tak kuat kan. taknak la nanti susahkan mak atau adik beradik. kalau mak nak ajak ja mak duduk sama time pantang kat rumah sendiri tu. saya & suami buat gitu ja. alhamdulillah mak faham & ok ja walaupun hasrat awal dia nak saya pantang kat rumah dia. lagi satu saya cakap la suami kerja. kang kalau pantang kat rumah mak nanti nak pergi check up susah. pantang kat rumah sendiri senang sebab klinik dekat & apa apa hal emergency ke suami ada nak uruskan, klinik pun dekat & dah ada rekod ibu & anak. kalau kat kampung nanti suami nak kena ambil cuti banyak atau kerap pula.

Baca lagi

jgn ckp awk x selesa mmg la ibu awk kecik hati. rumah dia yg awk dibesarkan tetibe dah kawin boleh ckp x selesa, mestilah terasa hati. atleast bagi reason yg elok sikit, contoh adik awk mengasuh anak org kn, ckp yg nnti anak senang terjangkit penyakit sbb anak2 tu kn berulang alik. bby punya antibody still lemah lagi. lps tu nnti risau anak2 tu kacau bby nak rehat tidur apa semua. bdk2 kn suka dgn baby. so nnti bby x dpt rehat. lps tu ckp, sng pantang rumah sendiri sbb nti sng nk pg checkup apa semua. and husband pon xperlu nak ulang alik dri kg ke rumah sendiri.

Baca lagi
11mo ago

sy setuju sgt2... better ckp mcm tu

TapFluencer

berpantang je rumah sendiri. sepatutnya jangan cakap "tak selesa" yela hati orang tua nii lain sikit. mesti dia merajuk sebab terasa awak cakap "tak selesa" padahal tu rumah awak membesar. seeloknya awak jelaskan dekat ibu awak kene awak nak berpantang sendiri. adik awak mengasuh jadi budak budak mesti nak tengok baby nak main dgn baby, dengan bisingnya nanti. mesti awak stress. saya masa pantang umah akak, anak dia ada 3orang pun saya da stress diorang keluar masuk bilik saya. apatah lagi 6orang. jelaskan yang awak perlukan rehat yang cukup, baby pun kene tidur yang cukup. kalau ibu awak nak jaga awak sekalipun, ajak laa ibu datang dan stay rumah awak. suami awak pun tak perlu nak ulang alik ..

Baca lagi

Kalau sya awak, suami dah cakap tak perlu pantang dengan family, saya ikutkan je alang2 ada orang support pendapat kita hehe. Nanti kalau apa2 suami juga risau, anak & bini effected. Tak salah pon apa awak cakap dekat mak awak tu, Mak awak pon perlu faham keadaan. Bukan saja2 tak nak, bersebab juga betul tak? 🥰 Nanti awal2 pantang, memang akan ada fasa awak stress. At least suami ada, pon dah cukup. Takpe, nanti kalau mak awak tanya lagi, cakap je elok2 yang awak & suami dah decide nak pantang dekat rumah. Nanti nak berurut/berconfinement and pergi checkup pon senang. Nanti baby dah 2 bulan keatas, nak duduk rumah mak boleh je. "Mak jangan risau" 😁👍 gitu.

Baca lagi

betul..jgn kata xselesa,bgtahu jgk yg suami dah book cl..sis amik la cl dlm 3-14hari ikut kemampuan..xpun suami kena byk bantu dr segi penjagaan baby dan masak2..sy anak kedua berpantang sendiri, masak sama je hari2 kdg2 je tukar.. hari ke5 sy da mandikan baby tp bukan sambil cangkung la..cuma myb sbb sy dah anak kedua,ade experience dah..sy just pggl tukang urut je selama 5hari..

Baca lagi

Berpantang je kt rumah sendiri. Berdasarkan pengalaman sy pantang kt rumah mak mmg stress sgt2 ayah sy merokok suka pgg baby sesuka hati tak basuh tangan. Kita penat2 tidurkan baby, nak rehat kejap tapi rumah family bising, baby asyik terkejut. Sy sampai meroyan, susu badan pon jadi sikit sbb stress. Suruh mak awak tidur kt rumah awak je sis.

Baca lagi
10mo ago

kalau husband nk jaga boleh je sis, sy berpantang sendiri juga suami cuti seminggu jaga sy, bersalin ceaser mmg seksa juga nk bangun dari katil, nk berjalan sbb semua bnda buat sndiri lepas suami dh start kerja tp sekejap je minggu kedua dah xde sakit2, biasa lah tu mula2 lps bersalin mmg sakit badan yg penting berpantang di rumah sendiri bagi sy selesa xstress, emosi lebih stabil, yang penting kena tahu cara handle baby bagi yg first time, boleh tgk video cara mandikan baby dan sebagainya

Ajak ibu sis stay dgn sis masa pantang, sy pun plan nk pantang sendiri, sbb sblm ni pantang dgn mil, ank buah ramai, suasana bising, ank susah nk tido. Klo bole kali ni nak santai2 je dlm pantang. Ni pun sy stil pk ayat sesuai nk bagitau suami sbb dia nk sy pantang kat kg. Kena pk ayat utk suami yg dia takleh counter balik nanti.

Baca lagi
10mo ago

Btol2 cm ni pun okay sis.. Ckplaa xpun ibu dtg uma sy.. Xde org ibu pun bleh rht byk skit.. Kt sana ade ank asuhan kan ibu.. Mne thu dia nak

saya pon sama.. sbelum brslin fmly nak sruh pntang kg.. sy ckap suami nak jaga, sebb sy tahu fmly saya keadaan mcm mna.. saya takut sy yg tertekan klau apa2 brlaku dh la kita baru brsalin dan kputusan sy sngat2 tepat sebb hari ke 10 sy brpantang kt kg dah brlaku hal2 fmly yg boleh buat anak2 tertekan.... nasib pantang sndri je

Baca lagi

Beruntung Sgt2 awak. Dalam mak awak x berapa sihat tu boleh lg die offer untuk berpantang di rumah die.. Padahal diri die sendiri x berapa kuat tu. Sy rasa x de masalah kalau awak nk berpantang sendiri. Cuma tu lah bila dah berckp x selesa kpd mak sendiri, makan hati lah mak awak tu. Semoga urusan awak dipermudahkan.

Baca lagi