Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Ginny, Pakar Kulit Dr.Ginny Clinic

Kulit muka kusam? Muka kelihatan sembap sentiasa ketika hamil? Atau tiba-tiba kulit merah-kemerahan sewaktu atau selepas menggunakan kosmetik ketika hamil? Jom tanya pakar kami tentang sebarang masalah yang anda hadapi berkaitan dengan kosmetik yang selamat serta masalah kulit muka yang dialami ibu hamil pada 8 September, hari Rabu, jam 3 petang bersama Dr. Ginny, Pakar Kulit daripada Dr. Ginny Clinic. *NOTA : Soalan diluar daripada topik serta waktu yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Ginny, Pakar Kulit Dr.Ginny Clinic
31 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi, Dr. boleh tak Dr. beri pandangan tentang produk Breylee skincare? Adakah Dr. akan recommend kepada pelanggan untuk menggunakan produk ini? Walaupun ramai dah mendapat hasil yang positif, saya agak skeptikal tentang produk Breylee ini dari banyak segi. Contohnya serum pelbagai warna, harga terlalu murah, imej dalam iklan before & after yang meragukan dan packaging kos rendah. Saya risau akan kesan penggunaan jangka masa panjang.

Baca lagi
3y ago

Hi, terima kasih atas soalan anda. Minta maaf, dr tak Ada Pengalaman dgn Breylee skin care