🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

CARA MENGATASI BAYI MENANGIS DI TEMPAT TIDUR IALAH SEPERTI BERIKUT : 1) Jika anak menangis di dalam katil bayi, pujuk dan beri kata kata semangat dan galakan kepada anak anda sebagai contoh ‘Jangan risau, ibu tak tinggal adik’, ‘Shhh, jangan menangis, kan ayah teman ni.’ 2. Memberi mainan kesukaannya. Meninggalkan mainan kesukaannya di katil membuatkan si anak tidak merasa keseorangan. 3. Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan. Ini akan membuatkan si anak akan berterusan menangis kerana dia tahu anda akan mendukungnya untuk ke bilik anda. 4. Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar. Tunggu dan tidurkan anak sehingga dia betul betul terlena kemudian barulah bergerak meninggalkannya perlahan lahan. 5. Banyakkan bersabar. Jangan terlalu menunjukkan yang anda sedang tertekan atau marah kerana anak akan dapat membaca riak wajah dan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, cuba untuk bertenang supaya dapat mengawal situasi. Semoga ada rezeki untuk baby girl saya yang berusia dua bulan, Khadeeja Rose.

Baca lagi