🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Menurut artikel yang dikongsikan di laman theAsianparent Malaysia, terdapat 5 cara bagi membantu ibubapa mengatasi masalah anak menangis setiap kali diletakkan di katil bayi iaitu: 1. Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan. Usap lembut belakang badan bayi dan beri kata semangat dengan lembut yang dapat menenangkan anak. 2.Berikan mainan kesukaannya. Meninggalkan mainan kesukaan anak bersama-sama di katil membuatkan si anak merasakan tidak keseorangan di katilnya. 3.Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan. Ini akan membuatkan anak akan berterusan menangis kerana dia tahu anda akan mendukungnya pergi ke bilik anda. 4. Jangan tinggalkan anak ketika masih segar. Tunggu dan tidurkan anak sehingga betul-betul terlena,kemudian barulah bergerak meninggalkannya dengan perlahan lahan. 5.Banyakkan bersabar. Jangan terlalu menunjukkan yang anda sebenarnya tengah tertekan atau sedang marah kerana anak boleh membaca riak wajah dan akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, cuba untuk bertenang supaya sentiasa dapat mengawal situasi. Berdasarkan artikel daripada TAP ini, saya mendapat informasi baru dan menimba pelajaran sebagai ibu yang baru belajar.terima kasih TAP.

Baca lagi