🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur ialah: 1) Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan. - Pujuk anak anda dan usap perlahan belakang badannya sambil memberikan kata-kata semangat seperti "Jangan risau, ibu tak tinggal adik." atau "Shhh, jangan menangis. Kan ayah tengah teman ni." 2) Selain itu, berikan mainan kesukaannya. - Cara ini akan dapat membuatkan anak anda merasakan yang dia tidak berseorangan di dalam katilnya. Malah, anak anda juga akan tidak menangis berpanjangan lagi apabila anda meninggalkannya di katil bayi mereka. 3) Di samping itu, jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan. - Anda tidak sepatutnya terus menghulurkan tangan untuk mendukung anak anda apabila dia menangis tanpa henti apabila ditinggalkan di katil bayinya dan minta didukung keluar. Apabila anda mula berbuat demikian, anak anda akan berterusan menangis kerana dia tahu anda akan mendukungnya pergi ke bilik anda. 4) Seterusnya, jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar. - Anda boleh menunggu dan menidurkan anak sehingga dia betul-betul terlena. Apabila sudah pasti akan hal itu, barulah anda bergerak meninggalkannya perlahan-lahan. 5) Akhir sekali, banyakkan bersabar. - Anda jangan terlalu menunjukkan yang anda sebenarnya tengah tertekan atau sedang marah apabila berhadapan dengan situasi anak yang asyik merengek dan menangis sebab tidak mahu ditinggalkan. Anak anda boleh membaca riak anda dan itu akan memburukkan lagi keadaan. Cubalah untuk bertenang supaya anda dapat mengawal situasi dengan terkawal. Apabila anda dalam keadaan yang tenang dan terkawal, justeru anak anda akan menjadi okey juga. Kesimpulannya, cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur ialah pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan, berikan mainan kesukaannya, jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan, jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar, dan banyakkan bersabar.

Baca lagi