Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi dan Salam Cik Syafiqah, 1. Trimester ketiga ibu selalunya sukar untuk mengawal selera makan. Apakah saranan Cik untuk pengambilan makanan yang cukup nutrisi dan tidak menyebabkan ibu berpotensi untuk menghidapi GDM? 2. Adakah sesuatu makanan seperti nenas mengundang kepada keguguran di awal kehamilan? Terima kasih.

Baca lagi
1y ago

Hi dan wassalam puan nola yaacob, 1. Kawalan GDM boleh dilakukan dengan mengawal pengambilan makanan berkarbohidrat , lebihkan makanan berserat 3 kali pengambilan sayur 2 kali pengambilan buah, serta makan pada waktu yang tersusun. Limitkan gula atau makanan manis. Puan boleh susun makanan harian kepada 3 kali makanan utama ( breakfast , lunch dan dinner ) dan 2 kali snack in between ( jika perlu ) . Ini membantu dari segi kawalan selera makan , membantu mengawal gula dalam darah dan memastikan secukupnya nutrisi diperlukan oleh badan. 2. Pengambilan nenas semasa mengandung adalah selamat dan risiko untuk mengalami keguguran adalah rendah. Tambahan lagi, nenas jugak mengandungi pelbagai vitamins dan mineral untuk keperluan badan.

Salam Ms syafiqah,saya ada beberapa kemusykilan mengenai GDM dan GBS.Soalan saya:- 1. Untuk prosedur BSP fasting(morning),bila waktu dan makanan yang paling sesuai untuk ambil last food ye ? 2. Sekiranya saya pembawa GBS,apakah makanan yang perlu saya elakkan untuk mengurangkan keputihan selain ubat yang dibekalkan oleh doktor. Terima kasih.

Baca lagi
1y ago

Wassalam, Hi Hanna. 1. Selewat - lewatnya jam 10 malam. 2. GBS selalu dibantu melalui ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Melalui pemakanan, tiada sepcific makanan yang boleh mengurangkan , amalkan makanan yang seimbang serta pelbagai .

Hai. Saya sekarang 28w. Dan ada gdm on ubat. Sekarang doktor nk tukar kepada insulin pulak. Padahal saya baru makan ubat seminggu. Saya minta tangguh lagi seminggu. Persoalan saya,mcm mana nk control diet. Saya dah ikut saranan pakar permakanan .Tapi tetap bacaan saya merah. Kadang waktu pagi. Kadang waktu malam. Terima kasih.

Baca lagi
1y ago

Hi, 1. Bagi ibu yang mengalami GDM , pemakanan yang tetap dan teratur serta pengambilan makanan karbohidrat mengikut porsi ditetapkan amatlah penting. Saranan saya, puan boleh melakukan self monitoring bacaan gula di rumah sekiranya puan mempunyai mesin tersebut. Contohnya, jika pagi ini puan makan nasi goreng, dua jam kemudian puan boleh check untuk melihat bacaan gula. Ini dapat membantu puan untuk mengenal pasti lebih mengenai makanan yang boleh meningkatkan gula dalam badan. Jadi, puan dapat mengawal bacaan gula puan dengan lebih baik.

assalamualaikum cik syafiqah. skrg kandungan saya baru je nak masuk 12minggu. so saya nak tanya samada bahaya atau tak kalau tekak kita asyik nak kopi/tea?sbb fasa alahan ada lg. cuma klau minum kopi rasa mcm lega tekak dr loya. terima kasih jawab soalan saya.

1y ago

Waalaikumsalam, Hi zatienawi. Pengambilan yang berlebihan adalah dikhuatiri sekiranya menganggu dari segi penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi membantu untuk menambahkan sel darah merah bagi keperluan puan dan juga bayi. Disarankan pengambilan kopi/teh dijarakkan kepada sekurangnya 4 jam sebelum atau selepas memakan makanan tinggi zat besi. Juga, hadkan kepada satu kali sehari lebih baik :)

1. if kita dah 6 weeks, but tak makan sayur and buah bfr this. so slowly makan sayur like carrots etc. apakah kesan for the baby? 2. pemakanan apa the best untuk baby sihat? and if ada suggestion untuk vitamin yang elok dan selamat dimakan Thank you 🫶

Baca lagi
1y ago

Hi dnna, 1. Its always okay to take the first step. pengambilan sayur membantu dalam melengkapkan nutrisi seperti minerals dan vitamins kepada ibu dan bayi bagi membantu tumbesaran yang lebih sihat. 2. Tiada specific makanan yang membantu bayi untuk sihat didalam kandungan melainkan ibu haruslah memakan makanan yang seimbang dan lengkap nutrisi. Pengambilan vitamin seperti zat besi , vitamin C, calcium, vitamin D, Asid folic adalah disarankan ketika hamil. :)

1) ada alternate lain buahan atau sayuran untuk ganti kalsium daripada susu? jika ada,any suggestion? sbb xboleh nk consume susu langsung (Masih tak jumpa yg sesuai dgn perut ni)

1y ago

Hi , Boleh ambil makanan seperti yoghurt, cheese, ikan bilis serta makanan tinggi calcium yang lain .

What is the best indication/symptom that tells you whenever you are hypo if you have gdm other than taking a blod sugar level test? 🤔

1y ago

HI Amirah, Early warning symptoms may include shaking, trembling or weakness, sweating, hunger, headache, bad temper, tingling of the lips or fingers or even intense hunger.

Salam Ms Nursyafiqah Pemakanan pedas akan menjejaskan kandungan atau bagaiamana. Terima kasih

1y ago

Wassalam, Pemakanan pedas tidak menjejaskan kandungan. Tetapi, boleh menyebabkan ketidak selesaan kepada ibu seperti mual atau muntah.

Assalamualaikun Dr nasihat apakah makan yg paling baik untuk awal2 ibu mengandung

1y ago

Waalaikumsalam, Makanan paling baik seawal kandungan adalah makanan yang cukup, lengkap dan pelbagai. Ini kerana bagi membekalkan nutrisi kepada ibu dan juga bayi yang baru membesar.

Tolong la dengar pemakanan ni,penting sangat. Terutama yang berisiko