Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai. Saya sekarang 28w. Dan ada gdm on ubat. Sekarang doktor nk tukar kepada insulin pulak. Padahal saya baru makan ubat seminggu. Saya minta tangguh lagi seminggu. Persoalan saya,mcm mana nk control diet. Saya dah ikut saranan pakar permakanan .Tapi tetap bacaan saya merah. Kadang waktu pagi. Kadang waktu malam. Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Hi, 1. Bagi ibu yang mengalami GDM , pemakanan yang tetap dan teratur serta pengambilan makanan karbohidrat mengikut porsi ditetapkan amatlah penting. Saranan saya, puan boleh melakukan self monitoring bacaan gula di rumah sekiranya puan mempunyai mesin tersebut. Contohnya, jika pagi ini puan makan nasi goreng, dua jam kemudian puan boleh check untuk melihat bacaan gula. Ini dapat membantu puan untuk mengenal pasti lebih mengenai makanan yang boleh meningkatkan gula dalam badan. Jadi, puan dapat mengawal bacaan gula puan dengan lebih baik.