Topik ATE Minggu Ini: Suplemen Kehamilan: Apa Yang Perlu?

Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Pharmacist Rachel, Maternal and Child Specialist Pharmacist, MamaBe of Alpro Pharmacy. 📰 Topik: Suplemen Kehamilan: Apa Yang Perlu? 🗓️ Tarikh: 24 Oktober 2024 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Topik ATE Minggu Ini: Suplemen Kehamilan: Apa Yang Perlu?
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

daripada tarikh Last period, kandungan saya sepatutnya dalam likunggan 10 minggu. namun, 2 minggu lepas saya scan, kantung pada usia 6 minggu, seterusnya semalam saya buat repeat scan, dan saiz featus masih lagi jangkaan 6 minggu, namun terlihat seperti twin. Apakah supplement yang perlu saya ambil untuk membantu tumbesaran featus dan mengurangkan risiko keguguran? saya pernah miscarriage setahun lalu dan mengambil new obimin 1 biji sehari sejak dapat tahu saya pregnant kali ini.

Baca lagi
2mo ago

yang mengandungi minyak ikan, kalsium, zat besi biasa akan disyorkan pakar O&G semasa trimester kedua ikut keperluan ibu.

Hi, Dr Rachel 😊 Saya baru kali pertama mengandung. Soalan saya, adakah cukup saya hanya memakan supplement yang diberikan oleh Klinik Kesihatan seperti Obimin? Kandungan saya sudah memasuki 4 bulan. Buat masa ini saya hanya mengambil supplement Obimin dan mengamalkan susu kambing sahaja. Adakah itu sahaja sudah mencukupi untuk kesihatan anak dan saya?

Baca lagi
2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Puan disyorkan untuk sambung ambil Obimin kerana Obimin menyediakan nutrien penting seperti zat besi, asid folik, dan kalsium yang diperlukan semasa mengandung. Puan boleh juga memberi pertimbangan kepada pengambilan suplemen seperti minyak ikan (untuk DHA) untuk menyokong perkembangan otak janin dan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang bermula minggu ke-12. Susu kambing boleh menjadi tambahan yang baik dalam diet, tetapi ia tidak seharusnya menggantikan suplemen prenatal. Dicadangkan untuk berunding dengan pakar O&G puan untuk memastikan keperluan nutrisi puan dipenuhi sepenuhnya.

Maaf kalau soalan sya mcm tak berapa sesuai bunyinya. Sya ada makan ubat Zincofer sebab HB kerap jgk rendah, tapi saya lepas makan mmg sembelit teruk. Sampai rasa penat waktu nak membuang. Ada tak suplemen ke atau ubat lain yg bole sya cuba? atau doc boleh suggest suggest suplemen yg bole lancarkan penghadaman sekali.. TQ

Baca lagi
2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Sembelit adalah kesan sampingan yang biasa daripada suplemen zat besi seperti Zincofer, kerana zat besi boleh melambatkan pergerakan usus. Untuk mengatasi ini, Puan boleh mencuba perubahan diet dengan meningkatkan pengambilan serat (contohnya, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh), memasukkan probiotik untuk meningkatkan flora usus, atau menggunakan serat prun sebagai pencahar semulajadi. Jika sembelit menjadi teruk, pelunak najis boleh digunakan tetapi perlu diambil selepas berunding dengan doktor obstetrik dan ginekologi (O&G). Adalah penting untuk terus mengambil suplemen zat besi kerana anemia semasa mengandung boleh membawa kepada komplikasi seperti kelahiran pramatang atau berat lahir rendah. Untuk meningkatkan penyerapan zat besi, ambil suplemen tersebut semasa perut kosong, tetapi elakkan daripada memakan teh, kopi, produk tenusu, atau produk kalsium pada masa yang sama dan jarakkan masa pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam kerana ia b

If tengah ambil suplemen untuk tambah darah, dan dalam masa yang sama ada plan nak consume suplemen lain mcm Blackmores pregnancy suplemen, perlu ke jarakkan pengambilan setiap dos? Atau boleh je consume together at the same time?

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Ya, Puan boleh menggabungkan suplemen tambah darah dengan suplemen kehamilan seperti Blackmores Pregnancy Supplement. Tetapi suplemen yang lain daripada ini perlu dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau pakar O&G. Namun, biasa suplemen tambah darah mengandungi zat besi, Puan perlu memberi perhatian untuk mengasingkan dos sekurang-kurangnya dua jam daripada pengambilan susu, produk tenusu, dan suplemen yang mengandungi kalsium. Mengambil suplemen ini secara berasingan akan membantu meningkatkan penyerapan nutrien yang optimum.

Hi again Rachel! Soalan saya, kalau ibu hamil yg ada apa-apa alahan pada makanan (contoh: seafood atau kacang etc) boleh ke ambik suplemen tanpa perlu buat test alahan terlebih dahulu? Ke semua suplemen selamat sahaja untuk sesiapa yang ada allergy?

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Wanita hamil dengan alahan teruk, seperti kepada makanan laut atau kacang, harus berhati-hati ketika memilih suplemen. Sesetengah suplemen berasal dari sumber ikan, dan sesetengah mungkin mengandungi minyak kacang sebagai bahan pengangkut. Jadi adalah disyorkan memeriksa label suplemen dengan teliti dan mengenalpasti dengan ahli farmasi atau pakar perubatan untuk mengelakkan pendedahan kepada alergen. Selain daripada itu, masalah alahan boleh berkisar dari yang ringan hingga yang teruk, alahan yang lebih teruk mungkin memerlukan ujian alergen, jadi bergantung kepada diagnosis ibu, alahan boleh menjadi serius. Oleh itu, adalah penting untuk berunding dengan pakar alahan

Hi, Rachel! Saya first time mom. Soalan saya, adakah supplement Neurogain selamat untuk diambil oleh ibu hamil? Dan adakah ianya perlu diambil?

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Ya, Neurogain dirumuskan untuk wanita hamil dan adalah selamat untuk diambil kecuali puan ada masalah perubatan yang tidak boleh makan minyak ikan seperti dinasihatkan oleh pakar O&G. Ia mengandungi DHA yang tinggi dan EPA yang rendah, yang merupakan asid lemak omega-3 yang penting. Kandungan EPA yang rendah dalam Neurogain adalah penting kerana tahap EPA yang tinggi boleh bertindak sebagai pencair darah dan mungkin mengganggu pertumbuhan janin. DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan retina janin, terutamanya pada trimester ketiga. Umumnya, adalah disyorkan untuk mula mengambil Neurogain dari minggu ke-12 kehamilan untuk memastikan perkembangan otak dan mata yang optimum.

Saya baru 9 minggu sekrang mkan ubat folic yg blackmore sebiji tu dlam 400mgh sekali mkan sehari . Klau after this saya nak tukar yg neurogaint s atau neurogaint pb

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Pada minggu ke-9, adalah penting untuk terus mengambil asid folik kerana tahap ini sangat kritikal untuk perkembangan tiub neural bayi. Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural, jadi disyorkan untuk meneruskan regimen asid folik puan sehingga minggu ke-12. Suplemen lain seperti multivitamin, nuerogain dan kalsium boleh bermula dari minggu ke-12. Neurogain adalah suplemen DHA dan lain daripada asid folik dan biasanya diperkenalkan pada trimester kedua kehamilan atas panduan penyedia perkhidmatan kesihatan puan, untuk menyokong perkembangan otak dan mata bayi. Secara umumnya, Neurogain S mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi iaitu 383mg berbanding Neurogain PB 250mg.Jikalau tidak ikan rendah merkuri yang kaya DHA dan susu yang diperkayakan dengan DHA dalam pemakanan, puan boleh beri pertimbangan untuk ambil Neurogain S yang kandungan DHAnya lagi tinggi.

hi soalan, adakah perlu saya ambil obimin/zincofer lagi? kalau sdh consume hematinik yg di beri dari klinik? sbb HB makin mnurun dari 12.5 ke 11. 2 skrg..

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Puan boleh ambil hematinik dari klinik dengan obimin tetapi tidak disyorkan untuk mengambil Hematinik dari Klinik dan Zincofer bersama-sama melainkan diarahkan oleh doktor, kerana kedua-duanya lebih kepada penggantian zat besi. Biasanya sama ada hematinik dari klinik atau zincofer. Perlu juga diberi perhatian bahawa pengambilan zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sembelit,perut kembung dan rasa loya. Jika hemoglobin puan menurun kepada 11.2 g/dL, ini masih di sempadan normal dan anemia dan amat bergantung trimester ke-berapa puan mengandung juga. Disarankan untuk meneruskan hematinik puan yang sedia ada dan disyorkan untuk berunding dengan obstetrik puan sebelum membuat sebarang perubahan.

hi, rachel saya first time mom to be. soalan adakah perlu untuk ambil supplement seperti fish oil? dan kalau perlu sampai bila saya kena consume?

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Ya, adalah disyorkan untuk mengambil suplemen minyak ikan yang kaya dengan DHA (seperti Neurogain atau Powerlife Essential Omega 3DHA 350) dari minggu ke-12 kehamilan hingga kelahiran. Adalah penting untuk tahu bahawa bukan semua minyak ikan adalah sama dan minyak ikan yang DHA tinggi dan EPA rendah adalah lebih sesuai kepada ibu mengandung kerana kerana tahap EPA yang tinggi boleh bertindak sebagai pencair darah dan mungkin mengganggu pertumbuhan janin. DHA adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi. Kajian menunjukkan bahawa DHA boleh meningkatkan fungsi kognitif dan ketajaman penglihatan pada bayi.

Saya #1stime mom, apa yg perly saya check dekat label suplemen utk pastikan ia selamat diambik waktu tengah mengandung? Terima kasih.

2mo ago

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Apabila memilih suplemen semasa mengandung, adalah penting untuk berunding dengan ahli farmasi atau penyedia perkhidmatan kesihatan untuk mengesahkan keselamatannya, kerana tidak semua suplemen ditandakan untuk digunakan semasa kehamilan di dalam pasaran. Di Alpro Pharmacy, contohnya, kami mengikuti garis panduan Women's Pregnancy and Breastfeeding Medicines Guide (PBMG) Australia, yang mengenalpastikan keselamatan ubat semasa mengandung. Puan boleh mengunjungi farmasi Alpro yang terdekat untuk dapat perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, disyorkan untuk cari suplemen yang mengisi jurang nutrisi tanpa melebihi pengambilan harian yang disyorkan, terutamanya untuk vitamin seperti A dan D, yang boleh berbahaya dalam dos yang tinggi. Selain itu, pastikan suplemen bebas daripada bahan tambahan berbahaya dengan ahli farmasi atau penyedia perkhidmatan kesihatan.