Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Ms syafiqah,saya ada beberapa kemusykilan mengenai GDM dan GBS.Soalan saya:- 1. Untuk prosedur BSP fasting(morning),bila waktu dan makanan yang paling sesuai untuk ambil last food ye ? 2. Sekiranya saya pembawa GBS,apakah makanan yang perlu saya elakkan untuk mengurangkan keputihan selain ubat yang dibekalkan oleh doktor. Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Wassalam, Hi Hanna. 1. Selewat - lewatnya jam 10 malam. 2. GBS selalu dibantu melalui ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Melalui pemakanan, tiada sepcific makanan yang boleh mengurangkan , amalkan makanan yang seimbang serta pelbagai .