Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi dan Salam Cik Syafiqah, 1. Trimester ketiga ibu selalunya sukar untuk mengawal selera makan. Apakah saranan Cik untuk pengambilan makanan yang cukup nutrisi dan tidak menyebabkan ibu berpotensi untuk menghidapi GDM? 2. Adakah sesuatu makanan seperti nenas mengundang kepada keguguran di awal kehamilan? Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Hi dan wassalam puan nola yaacob, 1. Kawalan GDM boleh dilakukan dengan mengawal pengambilan makanan berkarbohidrat , lebihkan makanan berserat 3 kali pengambilan sayur 2 kali pengambilan buah, serta makan pada waktu yang tersusun. Limitkan gula atau makanan manis. Puan boleh susun makanan harian kepada 3 kali makanan utama ( breakfast , lunch dan dinner ) dan 2 kali snack in between ( jika perlu ) . Ini membantu dari segi kawalan selera makan , membantu mengawal gula dalam darah dan memastikan secukupnya nutrisi diperlukan oleh badan. 2. Pengambilan nenas semasa mengandung adalah selamat dan risiko untuk mengalami keguguran adalah rendah. Tambahan lagi, nenas jugak mengandungi pelbagai vitamins dan mineral untuk keperluan badan.