Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum cik syafiqah. skrg kandungan saya baru je nak masuk 12minggu. so saya nak tanya samada bahaya atau tak kalau tekak kita asyik nak kopi/tea?sbb fasa alahan ada lg. cuma klau minum kopi rasa mcm lega tekak dr loya. terima kasih jawab soalan saya.

2y ago

Waalaikumsalam, Hi zatienawi. Pengambilan yang berlebihan adalah dikhuatiri sekiranya menganggu dari segi penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi membantu untuk menambahkan sel darah merah bagi keperluan puan dan juga bayi. Disarankan pengambilan kopi/teh dijarakkan kepada sekurangnya 4 jam sebelum atau selepas memakan makanan tinggi zat besi. Juga, hadkan kepada satu kali sehari lebih baik :)