10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai Salam Sejahtera.. Saya seorang suri rumah anak 3. Suami saya bekerja sebagai seorang kerani, dia bekerja 6hari seminggu. Anak sulung sy berumur 9tahun, anak kedua berumur 3tahun dan yang ketiga berumur 16hari. Dengan pendapatan suami saya sebagai seorang kerani kami tidak mampu membeli car seat yang sesuai untuk anak kami yang baru lahir. Sebab utama saya sangat-sangat memerlukan car seat ini adalah untuk keselamatan anak saya yang baru lahir dan memudahkan saya untuk membawa dia jika saya pergi menghantar anak saya yang sulung untuk bersekolah nanti. Jarak antara sekolah dan rumah ialah 13km. Saya sangat berharap agar dapat memiliki carseat ini untuk keselamatan dan keselesaan anak saya. Terima kasih kepada The Asian Parent kerana memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan hadiah yang diperlukan ini.

Baca lagi