10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Hi TAP, saya surirumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak yang berumur 6tahun, 4 tahun, 2 tahun dan 1 tahun. Dan belum memiliki car seat. Saya teringin membelikan utk mereka or salah seorang dari mereka, tapi banyak keperluan lain yang diutamakan pada situasi ekonomi sekarang dan kurang berkemampuan untuk membeli carseat bagi mereka semua. Jika balik ke kampung, kami mengambil masa 3 or 4 jam di dalam kenderaan kerana perjalanan yang agak jauh untuk berjumpa atok nenek mereka.. Kadang-kadang kasihan pada mereka ter tidur dengan keadaan yang tak sepatutnya sbb perjalanan yang agak jauh untuk sampai.. Amat bertuah dan bersyukur sekiranya saya mendapat bantuan carseat tersebut. Terima kasih TAP

Baca lagi