10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ternampak posting ni dan harap saya dapat carseat ni. Antara sebab saya perlukan carseat ni adalah kerana ini merupakan anak pertama saya tapi saya tidak dapat membeli kelengkapan anak saya lagi atas dasar kewangan. Suami saya bekerja hampir sepenuh masa menyebabkan saya nak pergi ke mana-mana agak susah kerana tidak ada orang yang dapat jaga anak saya. Saya nak bawa anak tapi sebab anak saya masih kecil tidak dapat duduk baik-baik dalam kereta lagi jadi terpaksa guna carseat. Saya tidak punyai wang untuk membeli kerana sekarang pun duit hanya cukup makan. Jadi saya harap ada rezeki anak saya untuk dapat carseat yang comel ni. Terima kasih

Baca lagi