10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum, saya memerlukan carseat ini kerana saya sayang anak sulung saya. Dia perlu dapatkan perlindungn yang terbaik jika berada di dalam kereta. Pertama kali bergelar seorang ibu, bukan mudah. Terkejut juga dengan perbelanjaan setelah bergelar ibu. Jika dapat carseat ini untuk anak saya, sekurang kurangnya dapat membantu menjimatkan pembelian carseat dan duit tersebut boleh digunakan untuk beli susu anak. Kini anak saya berumur 4 bulan. Jika saya berezki mendapatkan bantuan carseat ini, saya akan menggunakan dengan sebaiknya. Jika berezeki untuk ada anak kedua, saya akan pastikan, beliau juga dapat menggunakan carseat ini. Terima kasih berjaya Sompo dan Crolla!

Baca lagi
TapFluencer

Anak saya yg pertama berumur 1 tahun 4 bulan, lahir pada 6/6/2020. Anak yg kedua pula bakal lahir pada 13/12/2021 (tarikh due), sekarang saya mengandung sudah week 33. Saya memerlukan carseat utk kegunaan anak yg pertama atau anak kedua kerana saya hanya mempunyai 1 carseat sahaja buat masa ni, itupun carseat yg sy guna sekarang kakak saya yang bagi pinjam. Carseat tu ikutkan x patuh piawaian keselamatan sbb carseat tu dah lama dibeli untuk kegunaan anaknya waktu baby dan anaknya sekarang sudahpun darjah 2. Tapi sebab faktor kewangan saya terpaksa guna untuk nenghantar anak saya ke tempat asuhan atau keluar menaiki kereta. Semoga ada rezeki untuk anak saya. Terima kasih

Baca lagi
TapFluencer

Assalamualaikum..saya bakal mempunyai newborn bulan ini, dan seorang lagi berumur 2 tahun. Kedua duanya tidak mempunyai car seat lagi jadi sy mencuba untuk memohon bantuan ini. Sy tidak bekerja dan tiada pendapatan, manakala suami bekerja dengan gaji bawah Rm2000 termasuk upah sambilan rider. Alhamdulillah kami ada kereta kerana sebelum ini saya bekerja dan masih dalam tempoh moratorium. Di harap dengan adanya bantuan car seat ini dapat memberi peluang salah seorang anak untuk mempunyai jaminan keselamatan yang lebih baik di dalam kereta dan seorang lagi akan kami usahakan. Terima kasih Berjaya Sompo Insurance, Crolla dan theAsianParent untuk peluang ini.

Baca lagi

hello Team Tap,saya surirumah fulltime mempunyai 5org anak yang berumur 18bulan ,3thn,5thn,7thn ,9thn dan bakal lahir seorang lagi pada bulan november ini. saya tak mampu untuk membeli car seat utk anak² saya kerana kengkangan kewangan .saya sangat memerlukan car seat ini untuk keselamatan ank sy dlm kenderaan apabila membawa ank² sy yg masi kecil pergi klnik. semoga ada rezeki anak sya memiliki car seat percuma ini. semoga ada rezeki juga kpd kawan2 yg lain sprti sy . Terima kasih Team tap & Terima kasih kerjasama berjaya sompo insurance dan crolla atas bantuan car seat percuma kepada yang kurang berkemampuan . #TheAsianparent #TerimakasihTeamTAP

Baca lagi

Hi, saya seorang bakal bapa kepada anak perempuan saya yang akan datang pada January 2022. Saya tiada pekerjaan tetap kerana saya kerja sebagai freelancer creative (art), akibat covid19 banyak syarikat tidak memerlukan freelancer kerana bajet. Oleh itu, telah menjejaskan pendapatan saya. Saya harap saya boleh menang sebuah carseat untuk anak saya supaya boleh sambil kerja dan sambil jaga anak. Saya percaya carseat selamat untuk kita dua untuk harapan yang lebih dijamin. Terima kasih kepada TAP dan Sompo kerana menganjurkan pertandingan ini. Oleh Yang demikian, saya nampak perlindungan yang boleh diharap untuk tahun yang akan datang. :)

Baca lagi

assalamualaikum..baby sy baru umur 1 bulan 5 hari,sy bercadang nak cari car seat untuk anak sy tapi belum mampu untuk beli sbb x kerja suami plk keje biasa je..risau jgk keselamatan anak sewaktu memandu walaupun dah berhati2 dah pegang elok2 tapi kalau benda nak jadi ttp jadi jugak kan lagipun kita tak dapat jangkakan apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan sbb kita tu sangat2 memerlukan car seat nie utk menjaga keselamatan anak2,paling risau bila anak mula nak membesar..semoga ada rezeki yang terselit buat anak saya MUHAMMAD SAFWAN IMAN BIN MUHAMAD SAIFULLAH untuk dapatkan car seat nie, Aamiin 🤲 thankyouu so much

Baca lagi

saya mempunyai carseat khas tuk baby tapi masalahny anak sulung sudah 1 tahun 11 bulan dan anak kedua pulak bakal lahir bulan march 2022..kiranya bertuah kalau dapat carseat supaya memudahkan saya tuk membawa anak saya yang sulung..selalu pergi berklinik terpaksa guna carseat yang tak sesuai dengan saiz badanny dalam keadaan terpaksa..kekadang anak sulung saya duduk d tempat duduk sebelah pemandu guna safety belt yang tak sesuai denganny dan kekadang berdiri sebelah tempat duduk pemandu menyukarkan saya tuk memandu sambil membawa anak sulung saya..semoga d permurahkan rezeki tuk anakku sulung dan yang anakku kedua🥰

Baca lagi

Hai..Saya ibu kepada 3 orang anak dan juga seorang suri rumah sepenuh masa.. Anak pertama berumur 9tahun,anak kedua berumur 5tahun dan anak ketiga berumur 1tahun..Untuk anak ketiga yang berumur 1 tahun sudah ada carseat..sekarang saya inginkan carseat untuk anak kedua berumur 6 tahun.. Anak kedua saya seorang yang aktif..Kalau duduk dalam kereta dia tak reti duduk diam,dia akan berdiri dalam kereta,pergi depan belakang dalam kereta. Hal ini sangat membimbangkan saya akan keselamatan anak saya di dalam kereta.Saya harap saya dapat pemberian carseat ni untuk anak saya yang kedua yang berumur 5tahun.

Baca lagi

haii selamat sejahtera...sy seorang suri rumah sepenuhnya...hanya suami y bkerja kami skeluarga..sy ad seorang anak berumur 3tahun dan bakal menimang cahaya mata kedua pd bln 1 2022..niat hati mmg nk beli carseat dr ank ptama lg...tp apakn daya hanya suami seorang y bkerja jd agak terhad utk beli kperluan khendak...wlaaupon penting carseat utk anak² tp kami belum mampu...insyaallah kalau ad rezeki anak nom2 ni mdapat carseat ni btapa gembiranya hati sy...doakan sy supaya diberi rezeki untuk beli brg baby ...aminnn...

Baca lagi

assalamualaikum.. saya surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak berumur 7 bulan lebih. suami saya tidak bekerja disebabkan excident semasa bekerja sebagai penghantar makanan "foodpanda".Kalau saya dapat bantuan Car Seat ini.. alhamdulillah sangat🥰 rezeki anak kami.Bagus nanti bila suami sihat sepenuhnya dan ada berkemampuan sikit boleh ajak anak jalan2 guna Car Seat dalam kereta.. senang untuk keselesaan anak kami bila nak tidur takde sakit kepala badan sebab kena kendong sepanjang anak tidury

Baca lagi