10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum, penggunaan baby car seat memang sangat penting semasa ibu/ bapa memandu, supaya ibu/bapa dapat tumpuan lebih aman dalam memandu kerana anak kecil duduk dengan selamat dalam baby car seat, sememangnya mereka cenderung untuk tak duduk diam dalam kereta tak kira semasa kereta bergerak atau berhenti. Saya ibu suri rumah sepenuh masa B40 mempunyai 5 orang anak, paling bongsu 3.5 tahun. Saya tidak mampu beli baby car seat baru, anak2 yg lain pun masih sekolah rendah, satu sekolah menengah, perbelanjaan memang tidak dapat ditampung, suami hanya kerja gig. Saya berharap ihsan dan budi baik Berjaya Sompo Insurance dan Crolla supaya memberi peluang kepada saya memiliki sebuah baby car seat baru untuk tujuan kebaikan. Terima kasih atas ihsan tuan dan puan.

Baca lagi