Spotting Bleeding masa Kehamilan 4 ke 5 minggu

Ibu2 kt cni pernah x alami spotting bleeding masa kehamilan 4 ke 5 minggu? Jumaat lepas dlm 4pm tiba2 ad keluar darah tp dlm kuantiti yg sedikit dn berwarna merah terang. Tp sekejap je. Semlm ada kluar beberapa titik cecair coklat gelap. Pada ibu2 yg pernah mengalaminya boleh x share..

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya spotting masa dah 35 weeks. Awal2 pregnancy takde. Kalau jadi cmni, kena cepat2 gi jumpa doktor. Macam saya, sebab masa tu dah 35 weeks, doktor check bukaan. Doktor tanya, ada 'bersama' suami ke tak? Dalam kes saya mmg tak de bersama suami pun. Lepas tu, doktor akan tahan dan monitor kita. Macam kes saya, sebab lambat datang hospital, memang kena marah kaw kaw dengan doktor. Datang masa dah seminggu sebelum tu spotting. Spotting 3 hari, lepas tu berhenti. Lepas tu spotting balik lepas 4 hari berhenti. Tapi alhamdulillah, tak ada apa2. Doktor bagitau saya, antara punca spotting ni adalah tanda2 keguguran, kalau uri baby di bawah dan kepala diatas, kalau uri lekang. Sebab akhir pregnancy kan patutnya kepala baby dibawa, bukan uri. Kalau bersama suami pun kadang2 boleh sebabkan spotting. Tu yg doktor tanya bila last bersama. Ni experience saya spotting on 35 weeks (3rd trimester). Untuk sis, better sis gi hospital cepat2. Sis pun masih dalam early pregnancy.

Baca lagi

Saya pernah spotting dalam seminggu lebih juga la masa 5 weeks.. tapi tak banyak. Cuma ada sekali tu mmg banyak sampai keluar sekali masa kencing dan sakit cucuk2 kt rahim.. terus ke klinik. Doctor scan kantung ada dh tp mgkin threaten miscarriage sbb kurang hormon dlm badan. Doktor bagi duphaston utk kuatkan rahim dan banyakkan hormon dan mc utk bedrest. Sis kena check doctor dlu utk tahu keadaan sebenar, rasa tenang sikit nanti kalau dh tahu result boleh precaution dulu. InshaAllah takde apa. Sekarang Alhamdulillah takde bleeding and in my 16 weeks 🤰

Baca lagi
5y ago

Ok baik.. Saya akan bnykkan rehat... Semoga kita terus dilindungi.. Tq for sharing good info..❤️

Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman pihak puan, sebarang gejala pendarahan ketika kehamilan haruslah segera dirujuk ke hospital. Pendarahan ketika kehamilan boleh disebabkan oleh: Pendarahan implantasi ketka awal kehamilan Risiko keguguran Masalah uri di bawah Masalah pada kandungan, rahim atau uri Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
5y ago

Terima kasih doktor. Sy sudah pn mngalami keguguran awal pg smlm. Mmg sedih tp d awal2 kehamilan pn mmg ad problem. Seminggu sblm tarikh period pn sy sudah mngalami sakit perut ringan. Dok ckp kencing kotor. Tp masih berterusan smpai la sy lewat period 4 hari. Tetap rasa rengat perut mcm senggugut. Da refer dok d hospital. Cek xde keadaan mngandung luar rahim. Tp mse 2 xde spotting bleeding lg. Lpas 2 hari jumpe dok bru kluar. Mgkin xde rezeki lg kali niy..😊

Ada...sy pernah alami dari 6w ke 8w...tapi sikit2...risau juga... alhamdulillah check xde apa2 masalah...cuma doktor suruh bnyakkn rehat sebab risau kandungan xberapa kuat...n now dah 36w... menghitung hari... Better sis check dgn doktor,,semoga semuanya selamat n xde apa2 yg berlaku ye sis...

4y ago

ade makan ubat kuat rahim x sis

Sy pernah tahun lepas masa kandungan 5 minggu. Tp first dia keluar darah agak byk, warna coklat. Hari berikutnya, titik2 coklat saja. Sampaila seminggu, dia mula keluar ketulan besar. Akhirnya gugur pada kandungan 6 minggu. Huhu. Moga dipermudah urusan sis

5y ago

Sama la kita. Subuh semalam brlaku pendarahan yg banyk. Pg hospital n doc sahkan keguguran. Mgkin xde rezeki lg kali niy. Tq sudi berkongsi😊

ada spotting masa kehamilan 5 minggu..lpas tu spotting 6 minggu ada ketulan drah beku kecil..doc cma bgi asid folic shaja..8 minggu scan tak ada heartbeat dan janin 3/1 ..petang nya jatuh sendri..😭😭semoga akan ada rezeki lepas nie

5y ago

InsyaaAllah.. Mudah2annya aamiinn

Baru subuh semalam turun darah. Nmpknya xde rezeki kali niy..😔

5y ago

Sabar ya sis. Insya allah ada rezki lain

VIP Member

Ada. Spotting tu. Kena banyakkan rehat. Jangan buat kerja berat.

Penah Spotting thn lepas bln 10.. Tak ada rezeki gugur 8minggu

5y ago

Sama la kita. Subuh semalam brlaku pendarahan yg banyk. Cek kt hospital doc sahkn keguguran. Mgkin xde rezeki lg kali niy.

pernah...2 hari je