Spotting Bleeding masa Kehamilan 4 ke 5 minggu

Ibu2 kt cni pernah x alami spotting bleeding masa kehamilan 4 ke 5 minggu? Jumaat lepas dlm 4pm tiba2 ad keluar darah tp dlm kuantiti yg sedikit dn berwarna merah terang. Tp sekejap je. Semlm ada kluar beberapa titik cecair coklat gelap. Pada ibu2 yg pernah mengalaminya boleh x share..

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya spotting masa dah 35 weeks. Awal2 pregnancy takde. Kalau jadi cmni, kena cepat2 gi jumpa doktor. Macam saya, sebab masa tu dah 35 weeks, doktor check bukaan. Doktor tanya, ada 'bersama' suami ke tak? Dalam kes saya mmg tak de bersama suami pun. Lepas tu, doktor akan tahan dan monitor kita. Macam kes saya, sebab lambat datang hospital, memang kena marah kaw kaw dengan doktor. Datang masa dah seminggu sebelum tu spotting. Spotting 3 hari, lepas tu berhenti. Lepas tu spotting balik lepas 4 hari berhenti. Tapi alhamdulillah, tak ada apa2. Doktor bagitau saya, antara punca spotting ni adalah tanda2 keguguran, kalau uri baby di bawah dan kepala diatas, kalau uri lekang. Sebab akhir pregnancy kan patutnya kepala baby dibawa, bukan uri. Kalau bersama suami pun kadang2 boleh sebabkan spotting. Tu yg doktor tanya bila last bersama. Ni experience saya spotting on 35 weeks (3rd trimester). Untuk sis, better sis gi hospital cepat2. Sis pun masih dalam early pregnancy.

Baca lagi