Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Hi Ibu-ibu semua! Anda rasa tak semasa mengandung ni, emosi macam tidak stabil? Ya kita tahu tu semua hormones mengandung kan, tapi pernah tak anda terfikir bagaimana nak kekalkan kesihatan mental semasa hamil? Atau pernah tak ibu rasa macam stres sangat sebab dah la tengah mengandung tapi banyak kerja di pejabat? Rasa seperti suami pun tak faham apa kita tengah alami? Tapi kesian dia asyik kena tempias dengan ketidakstabilan kita. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tips untuk kekal kesihatan mental semasa mengandung dan cara untuk mengatasi stres dan kemurungan bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 26 September 2022, hari Isnin. Penting tau ibu-ibu untuk kekal positif semasa hamil, kerana ia dapat memberi kesan pada kandungan kita. Jangan lepaskan ATE kali ini! *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Doc, Saya skrg tgh mengandung anak ke3, sudah 31 weeks tp masih xdpt menerima kandungan kali nei sbb saya betul2 taknak anak lagi. Lebih2 lagi bila tau pregnant kali nei girl jugak. Saya sudah ada 2 girls. Dr awal pregnant until now saya asyik fikir negatif dan cuba perbagai cara utk sabotaj pregnancy ini but this baby very strong masih bertahan. Saya telah alami 2 kali bleeding, saya google bagaimana nk gugurkn namun kuat sgt ini budak. Saya masih tidak mahu kerana trauma pikir beranak dan pantang tp sudah terlalu lewat utk buat apa2 lagi. Stress dgn anak2 6 & 4 tahun yg sgt lasak, bising, kdg2 annoying dgn suami yg distant. Balik sahaja main game smpai tertidur, sgt bagus ya. Saya baru 5 bulan menjadi full housewife and i hate every bit of it. I dont enjoy it. Saya cuma mau beranak cepat2 cari kerja cepat2. Sudah ada anak baru tau tidak suka menjadi ibu atau ini cuma stress hamil kali ini saya pun x pasti. Yang pasti, kandungan kali ini sgt dibenci.

Baca lagi