Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Hi Ibu-ibu semua! Anda rasa tak semasa mengandung ni, emosi macam tidak stabil? Ya kita tahu tu semua hormones mengandung kan, tapi pernah tak anda terfikir bagaimana nak kekalkan kesihatan mental semasa hamil? Atau pernah tak ibu rasa macam stres sangat sebab dah la tengah mengandung tapi banyak kerja di pejabat? Rasa seperti suami pun tak faham apa kita tengah alami? Tapi kesian dia asyik kena tempias dengan ketidakstabilan kita. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tips untuk kekal kesihatan mental semasa mengandung dan cara untuk mengatasi stres dan kemurungan bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 26 September 2022, hari Isnin. Penting tau ibu-ibu untuk kekal positif semasa hamil, kerana ia dapat memberi kesan pada kandungan kita. Jangan lepaskan ATE kali ini! *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hai, saya pljr part time ukm juga.lps tu skrg tgh mengandung 26 weeks dan masih dalam dilema untuk sambung atau tangguh pengajian bg sem depan. kalau ikutkan tinggal 2 sem lagi untuk saya habiskan pengajian. satu sem kuliah, satu sem LI. jd apa pendapat dr? sebab kalau saya asyik terfikir psl bnda ni saya akan stres dan rasa nak nangis. takut juga effect baby dalam kandungan kalau maknya asyik stres. tq. :)

Baca lagi
2y ago

Cuba tuliskan 2 column di atas kertas. Di sebelah kiri tuliskan perkara yang menyokong penangguhan dan di sebelah kan tuliskan perkara yang menyokong penyambungan pengajian. Mungkin ini dapat membantu puan melihat keadaan sebenar dan keputusan yang perlu diambil