Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Hi Ibu-ibu semua! Anda rasa tak semasa mengandung ni, emosi macam tidak stabil? Ya kita tahu tu semua hormones mengandung kan, tapi pernah tak anda terfikir bagaimana nak kekalkan kesihatan mental semasa hamil? Atau pernah tak ibu rasa macam stres sangat sebab dah la tengah mengandung tapi banyak kerja di pejabat? Rasa seperti suami pun tak faham apa kita tengah alami? Tapi kesian dia asyik kena tempias dengan ketidakstabilan kita. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tips untuk kekal kesihatan mental semasa mengandung dan cara untuk mengatasi stres dan kemurungan bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 26 September 2022, hari Isnin. Penting tau ibu-ibu untuk kekal positif semasa hamil, kerana ia dapat memberi kesan pada kandungan kita. Jangan lepaskan ATE kali ini! *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum doc sy nk tanya kluarga sy bkn dr golongan y ada2 tapi adk bradk suami jenis owg ada2 r tpi de kakak suami y x suka kluarga sy de ramai ank.. sy isteri y ke 2 y prtama cerai de ank 3 dh ..sy y ny masuk y k 3 bkn sy mntak pn dgn Allah dh Allah bg rezeki tuk sy n suami.. sy hanya mntak dgn Allah murahkn rezeki kami tpi Allah bg rezeki mlalui ank sy nk bt cm ne.. suami pn x stuju mula2 suh ggurkn tpi sy keraskn jgak x nk ggur n suami tanya pndapat sppu dy alhamdulillah suami terima n jaga sy n kndungan dgn elok cuma sy x dpt nk bg thu kluarga suami j lg.. biasa r suami dlu sbelum nikah dgn sy de msalah dgn kluarga dy jd suami sering d pndang serong.. apa pndapat doc prlu k sy fikirkn kluarga suami

Baca lagi
2y ago

Waalaikumussalam buatlah yang terbaik untuk suami dan anak-anak puan. Alhamdulillah puan dimurahkan rezeki anak. Setelah ini puan dan suami timbanglah keperluan anak dari segi keperluan fizikal, kewangan, perhatian dan kasih sayang. Juga dari segi kesihatan puan apabila umur kita meningkat, merancang keluarga ialah suatu pilihan untuk anak yang seterusnya. Didiklah anak-anak kita untuk menyumbang kepada keluarga dari segi adab dan budibahasa walaupun kita mungkin sederhana dari segi kewangan. InsyaAllah anak-anak puan akan berkhidmat untuk orang tuanya serta ibu saudaranya juga suatu hari nanti.