Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Hi Ibu-ibu semua! Anda rasa tak semasa mengandung ni, emosi macam tidak stabil? Ya kita tahu tu semua hormones mengandung kan, tapi pernah tak anda terfikir bagaimana nak kekalkan kesihatan mental semasa hamil? Atau pernah tak ibu rasa macam stres sangat sebab dah la tengah mengandung tapi banyak kerja di pejabat? Rasa seperti suami pun tak faham apa kita tengah alami? Tapi kesian dia asyik kena tempias dengan ketidakstabilan kita. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tips untuk kekal kesihatan mental semasa mengandung dan cara untuk mengatasi stres dan kemurungan bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 26 September 2022, hari Isnin. Penting tau ibu-ibu untuk kekal positif semasa hamil, kerana ia dapat memberi kesan pada kandungan kita. Jangan lepaskan ATE kali ini! *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalam doc. minta maaf saya kena tutup nama. sebab saya ada soalan yg bagi saya agak mencabar dan memalukan. kalini mengandung, saya tidak diuji dgn emosi atau fikiran yg negatif. tapi saya diuji dengan pemikiran dan libido yg tinggi sehingga saya rasa nak buat sesuatu luar jangkaan bagi seorang isteri, tidak patut sama sekali buat. saya agak stress bila memikirkan kenapa la kalini libido asyik tinggi dan hubungan yg dimahukan bukan suami tapi org luar. allahu.. ye saya tahu dosa. tapi, saya berjaya survive smpai harini xde buat benda merepek atau luar tabii sebab saya busykan diri dengan jaga anak sulung. tapi, otak asyik fikir benda tu. hishhhh.. saya 2 minggu lagi nak serah diri dah. alhamdulillah harap lepas bersalin keadaan kembali normal. tapi itu la, kenapa doc 😭 otak saya boleh fikir mcm tu. sepanjang mengandung ni susah sangat saya nak tepis perasaaan tu 😭

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam bukan salah kita tapi hormon ketika mengandung boleh membuat pelbagai ujian yang bergelora. Alhamdulillah puan dapat mengawal diri demi suami dan anak-anak. Itu suatu kejayaan yang besar dari pihak puan.