susu ibu & susu formula

hye mommy,sedih tak kalau husband korang nak campurkan susu formula dekat anak yg bru sebulan?padahal susu badan kita melebih2 dari apa yg kita nak…sedihnya sy sbg mak.even dia nak bg sulam2 je dgn susu formula tu…sy dahlah dalam pantang,bila dia ckp cmni sy rasa tak penting betul susu bdn sy ni…sy mmg dah niat nk susu kan anak sy ni smpi 3,4 tahun mcm kakak dia dlu dgn susu bdn sy..tp yg ni dia pula memandai nak sulamkan dgn susu formula..nak bg lagi berisi katanya🥺

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh share ni dgn husband awak. penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Penyusuan yang Eksklusif (Exclusive breastfeeding) --------------------------------------------------- Kerana ramai ibu masih lagi bertanya, saya sampaikan di sini apakah saranannya untuk penyusuan bayi dan apakah maknanya 'Penyusuan yang Eksklusif' Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara eksklusif sejak lahir sampai 6 BULAN. Inilah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, American Academy of Pediatrics (Academi Pakar Kanak-Kanak Amerika) dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Sila lihat gambar 1, 2 dan 3. Apakah Penyusuan yang Eksklusif? Ini bermakna hanya bagi susu ibu saja selama 6 bulan. Tidak boleh bagi air. Tidak boleh bagi air bergula. Tidak boleh bagi bubur. Tidak boleh bagi nestum. Tidak boleh bagi makanan langsung. Tidak boleh bagi susu formula. Tidak boleh bagi susu kambing. Tidak boleh bagi susu lembu. Tidak boleh bagi minum jus. Tidak boleh bagi pisang. Tidak boleh bagi milo. Tidak boleh bagi minum air kunyit. Tidak boleh bagi jamu. Tidak boleh bagi makan produk mencerahkan kulit. Tidak boleh bagi makan ubat tinggi. Tidak boleh bagi pil minda mengarut-ngarut. Tidak boleh bagi jus sunnah. ---------------------------------------------- Kenapa 'Eksklusif breastfeeding' (EBF) Kajian menunjukkan jika 1) EBF selama 4 bulan jika dibandingkan dengan susu formula atau penyusuan tidak eksklusif, jangkitan kuman paru-paru dikurangkan 72%. Jika EBF 6 bulan, dikurang lagi sebanyak 4 kali ganda. 2) EBF selama 3 bulan mengurangkan jangkitan kuman di dalam telinga sebanyak 50%, tetapi EBF 6 bulan boleh mengelak jangkitan kerongkong dan telinga yang lebih serious 3) Penyusuan ibu saja mengurangkan kejadian Sudden Infant Death Syndrome sebanyak 45% tetapi EBF mengurangkan sebanyak 73%. 4) EBF selama 3-4 bulan mengurangkan asthma, eczema dan alahan kulit sebanyak 27%. 5) EBF 3 bulan mengurangkan risiko anak mendapat diabetes di masa depan sebanyak 30%. 6) EBF 6 bulan mengurangkan risiko leukaemia sebanyak 20%. Ada terlalu banyak kebaikannya, senarainya sebenarnya lebih panjang dari ini. --------------------------------------------------- Kenapa 6 bulan EBF? Selepas 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat dan makanan yang lain untuk melengkapkan keperluannya selain dari susu ibu saja. Susu ibu perlu diteruskan secara sambil-sambilan disamping memberi makanan lain untuk melengkapkan keperluan bayi yang membesar, tetapi tidak perlu lagi penyusuan secara eksklusif sahaja (iaitu bukan susu ibu sahaja). Berikan tambahan makanan yang lembut dan lumat sambil menyusu. Tukarkan menu setiap hari supaya bayi mendapat zat-zat dari pelbagai sumber yang lain untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang selain dari susu ibu saja. Tambah dengan penyusuan ibu mengikut selera anak yang membesar. Ada anak-anak yang ada selera makan yang baik, maka ibu boleh beransur-ansur mengurangkan penyusuan ibu untuk menggalakkan anak makan. Ada anak-anak yang cerewet sedikit maka teruskan penyusuan sambil menggalakkan anak mencuba pelbagai makanan yang berlainan. Pada umur 8-9 bulan ke atas bayi mula belajar menyuap diri sendiri dengan makanan kecil 'finger food' kerana mula memahirkan diri untuk memetik dan memegang dengan jari-jari nya. Ini juga membantu perkembangan bayi dari segi 'hand-eye-coordination'. Bayi juga belajar cara mengunyah makanan dan dibiasakan dengan pelbagai jenis rasa pemakanan. Ada yang mengatakan jika bayi mula makan lambat, selepas usia satu tahun, bayi itu mungkin akan lebih cerewet nak makan sebab tak biasa. Ibu-ibu juga digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih, secara sambilan, jika boleh, tetapi TIDAK lagi secara eksklusif. Paling kurang sekali teruskan menyusu sehingga satu tahun, jika anak-anak memakan makanan seimbang dengan cukup seperti yang disarankan oleh American Academy of Pediatrics. Susu lembu segar atau susu kambing segar (bukan yang mentah yaa) hanya boleh mula diberikan selepas usia satu tahun. Di negara barat mereka senang dapat susu lembu segar, sebab itulah mereka suka beri anak mereka susu lembu bila usia 1 tahun ke atas. Saya tak pernah lagi lihat fatwa yang menyatakan bahawa penyusuan secara eksklusif ialah wajib sampai 2 tahun. Yang disarankan hanyalah penyusuan ibu sehingga 2 tahun, tetapi bukan penyusuan secara eksklusif sampai 2 tahun. Ini boleh memudaratkan kesihatan anak-anak kecil yang aktif kerana mereka memerlukan lebih lagi kalori dan zat-zat dari pemakanan yang seimbang selepas 6 bulan. Anak kecil 12-24 bulan memerlukan di antara 1000-1400 kcal sehari bergantung kepada kecergasan dan aktiviti nya. Kalori banyak ini bersamaan dengan 1500ml atau 8 cawan mug susu ibu sehari. Susu ibu sebanyak ini mengandungi hanya 15g protein dan 0.5mg calcium, tidak cukup untuk anak kecil yang aktif, dan tidak akan mendapat zat besi untuk membuat darah merah. Keperluannya sehari ialah 1.5g protein untuk setiap 1kg berat badan, 700mg calcium dan 7mg zat besi serta zat-zat lain yang hanya boleh didapati dalam pemakanan yang seimbang. Sebab ini lah tidak ada Pertubuhan Kesihatan yang menyarankan 'Penyusuan yang eksklusif' sampai 2 tahun, tetapi menggalakkan ibu-ibu meneruskan penyusuan secara sambilan sehingga 2 tahun. --------------------------------------------------- PENGUMUMAN PENTING Walaupun susu ibu lah yang terbaik, terdapat masalah yang menyebabkan perubahan terhadap 'Fed is Best' Ini bermakna, pada 6 bulan pertama, jika ibu-ibu mempunyai masalah menyusukan bayi, apa yang penting ialah JANGAN BIARKAN BAYI KEBULURAN dan berilah susu formula yang khas untuk bayi sebagai tambahan jika terpaksa (Jangan bagi makanan yang lain, hanya susu formula khas untuk bayi). Ini pengetahuan yang mustahak demi kesihatan bayi, kerana sudah berlakunya kejadian yang tidak diingini dengan lebih kemasukan bayi ke hospital. Walaupun terdapat ibu yang ada kesulitan yang menyebabkan ibu tidak boleh menyusu, ada yang merasa takut meminta bantuan atau berasa tertekan dan tidak memberikan bayi penyusuan yang lain. Ini kerana ramai ibu takut dikecam oleh masyarakat. Jangan lah sampai bayi pula sengsara. Ketahuilah tanda-tanda bayi yang baru lahir yang tidak mendapat cukup susu ibu dan kelaparan: 1)Tidak habis menyusu selepas 30 minit, kemudian minta lagi susu ibu dengan lebih kerap dari setiap 2 jam dan sentiasa menangis. 2)Bayi yang letih tidak bermaya dan tidur lama 3)Suhu badannya rendah, sawan, tangannya terketar, kulit warna kebiruan kerana kandungan gula dalam darah yang rendah (Hypoglycaemia) 4)Nappynya kering selama 6 jam atau sedikit saja kencingnya 5)Jaundice Jika bayi anda menunjukkan perubahan ini, sila bawa ke hospital dengan segera. Akhir sekali, berikan ibu pengetahuan ini dan bagi galakan, tapi jangan kecam ibu yang tidak boleh menyusukan bayinya sampai 2 tahun. Dr Imelda Balchin Consultant Obstetrics & Gynaecology.

Baca lagi
12mo ago

baby saya first lahir dia dah minum susu fm sebab susu badan belum keluar.. lepas 3 hari baru ada susu badan tu pun sikit kluar.. skrg pun ada deras belah kanana saja, jd baby saya campur susu badan dan fm

Susu badan pun boleh berisikan bdn bby, sekarang mmg x nampak sbb bby masih baru... Tggu nanti 3,4,5,6 bln.. Bkn main sihat lagi bdn bby.. Nie pengalaman masa anak2 Sebelum nie.. So, kalau air susu badan mampu melebihi keperluan syukur alhamdulillah.. X pun pump air susu bdn tu then masuk botol.. X perlu pun campur susu formula,.. Mcm sy nie teringin nak bagi anak air susu badan sepenuhnya tapi apakan daya, susu bdn sy masih belum mencukupi.. Jadi terpaksa campur susu formula.. Memang sedih sgt.. Kalau boleh xnak sy campurkn... Tapi terpaksa, skg pun still cari cara or mkn/minum bnda yg boleh meriahkan air susu badan... Try slow talk kat hsbd terangkan kt dia bertapa pentingnya susu ibu.. Yg pasti awal2 nie mmg x nampak g bby tu bambam..

Baca lagi

baby tak perlu berisi awak. yg penting baby bmi baby okay. dan ada kenaikan berat badan baby setiap kali checkup dengan susu ibu pon baby boleh berisi awak. awak cuma pastikan baby awak dpt susu akhir/pekat awak iaitu susu hindmilk awak dan cakap dkt husband awak susu ibu adalah nutrisi no 1 yg protect imunisasi badan baby awak☺️. bagitahu husband awak juga susu fm ni kena try dan error. sebab setiap penerimaan baby xsama. bukan sekali minum susu terus serasi dgn baby. dan kena tahu tanda2 baby tak serasi dgn susu fm supaya awak dpt alert perubahan dkt baby awak sekiranya ada alahan susu fm.

Baca lagi

berisi macam mana la yang dia nak sangat tu. awak bincang elok elok, selagi berat anak normal ikut graf, tak perlu nak dirisaukan. lagipun susu ibu dah melambak, siapa lak nak habiskan, dia nak minum ke. kadang baby ada sesuai ada yang tak sesuai dengan susu fm. kadang tu sampai kena cuba hampir semua brand susu untuk dapatkan yang sesuai untuk anak. tapi kalau susu ibu, dah sah sah sesuai, takyah susah susah nak try n error susu fm.

Baca lagi

cakap je dekat husband, susu awak tu banyak, kalau tak bagi dekat baby nt awak kena bengkak susu. bila bengkak susu nt demam, lepastu susah nak jaga anak. bagi dia nampak consequences kalau awak tak bagi susu tu dekat anak sekarang.. orang lelaki ni kalau tak dibebel dia tak paham. sibuk nak anak comel montel, lepastu bini yg tanggung sakit. bagitau juga, bengkak susu tu boleh jadi sebab kena kanser..

Baca lagi

Cakap kat suami, susu badan ni lebih buat anak tembam tau sebenarnya sbb lebih berkhasiat daripada susu formula. Lagi satu awak tengah sakit, tambah bengkak susu lagi sakit. Bila menyusu ni kurangkan sakit dan lebih merapatkan hubungan ibu dan anak tau. Bila ada appointment jumpa dr, suruh husband awak masuk sekali bagi dr ceramah dia sikit.

Baca lagi

Ckp balik dgn husband kenapa nak membazir duit beli susu fm kalau susu badan banyak? Kalau bukan keperluan, x perlu membazir. Lagipun susu fm tu bukan semua baby boleh minum. Kena try n error mana yg sesuai dgn baby. Mcm la minum susu badan baby akan jd kurus je. Arwah anak sy dulu elok je berisi, berat 11kg last timbang. Fully bf

Baca lagi

silapp tu husband sis, susu ibu lah yg mmbuatkan bby cepattt berisi. susu formula ni dia lambat sikitt. sy pakai susu formula dn susu bdan, sbb bby sy stiap kali susu badan dia tak knyang tak tau knapa padahal susu badan mncurah2. sbb tuu sy pakai susu formula. sedihh tauu, pdahal sy nak bby sy minum susu bdan je😔

Baca lagi

makesure jgn bg bby dekat dgn suami,sis n makesure jaga emosi ya,jgn sedih sbb dlm pantang .. nk bby cepat berisi,rajin2 bg susu bdn waktu 12tghmlm hingga 7pg...waktu tue susu mmg pekat n mmg sesuai sgt2... so kerap2 bg waktu tue tauuu... selalu sy bg pukul 12tghmlm,2,4,6,8pg... so mmg bby jd rotibun hahaha

Baca lagi

sy pulak sedih sis sbb susu bdn sy kurang ank menangis jer dgn kuning tggi .kuar masuk hosp..last nya terpksa sulam ssu fm .sy hrp sgt ssu sy meriah dpt stop kn ssu fm ni dah..skg Bru 20 hari berpantang..moga urusan sis juga di mudah kan .terus kn dgn bg ssu bdn jer ..x perlu FM dah sbb ssu meriah..