Harga scan

Hye mommy , bole saya tahu kalau check up first time untuk tau kandungan dah berapa minggu dan scan kandungan di klinik swasta . Harga untuk melakukan check up tu berapa ye lebih kurang ? Saya baru tahu positif dan ramai sarankan pergi check up ke klinik swasta terlebih dahulu untuk scan kandungan jika pergi ke swasta , doktor hanya akan bagitahu mingguan kandungan sahaja . Jadi saya bercadang untuk pergi ke swasta baru pergi ke klinik kerajaan untuk buat buku pink . Saya hanya mahu tahu berapa anggaran harga untuk pergi ke klinik swasta .

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ikut klinik juga. Saya pernah paling murah rm60. Paling mahal rm80. Untuk first time dr akan buat ultrasound je. Kalau dr nak bagi folic acid ke apa cakap je dah ada. Kadang klinik cas mahal sikit. Padahal kat farmasi 1 papan rm1 je 😂 awal2 pun memang tak suggest gi kk terus. Sebab biasanya kandungan dah confirm ada, dah nampak kantung & heartbeat baru nurse bagi appointment buat buku pink. Sebelum tu memang better scan kat swasta dulu. Dah confirm pregnant baru call kk untuk tanya mengenai appointment

Baca lagi