Mohon bantuan...

Hai ibu² semua... nak minta tolong & pendapat sikit. Sy first time mommy to be, due 1/3/23.. ibu sy dah meninggal, yg ada ayah je.. kakak takde pengalaman beranak, adik² lagi la. Jadi sy tak tahu nak refer pada sape. Sy ada adik ipar (adik suami), dia ada sorang baby baru usia setahun. Nak dijadikan citer, sy berciter dgn suami yg kalau boleh brg² baby kami biarlah kami yg urus & beli sendiri. Dan sumpah sy terlalu excited nak beli brg² baby kami yg pertama ni. Si suami berciter dgn mak dia.... mak dia cakap camni, "alah buat ape beli yg baru² semua tu.. pakai je yg ali(anak adik ipar) tu." Takkkkkk.. masalahnya sekarang mcm tak adil la bagi sy. Yelaa.. anak sy nanti mak mertua suruh amik je brg² ali tu, pastu brg² ali beli yg baru pulak. Setiap ibu pertama mesti excited nak beli untuk anaknya yg pertama, kan? ke sy yg mengada² dlm situasi ni? 🤔🤐 Jadi nak luah lebih² kat suami, kesian kat dia pulak mengata family dia lebih²..😅 Nak berciter dgn ibu, ibu dah takde.. Persoalan sy pulak.. barang² & keperluan² basic yg penting untuk baby dilahirkan nanti, apa yg patut ada? #ingintahu #firstbaby #pleasehelp #firstmom #bantusharing

54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Barang yang paling utama ialah : 1. Pakaian baby saiz newborn Tapi xperlu byk. Saya beli 3-4 helai shja. Baju yg awak dapat, awak simpan lah guna utk baby bikin tambah2. Nanti baby dah lahir, baru awak tambah beli baju lagi. Pilih saiz yg lebih sesuai utk baby atau mgkin longgar sikit utk baby, boleh pakai lama sikit. Saya pilih baju yg ada butang, senang nak pakaikan baby nanti. Cth ada kat gmbr. Beli yg mcm kat gmbr ni pun berbaloi sbb harga murah dapat 5 items. Jenis fabrik pun bagus. 2. Kain bedung Beli lah beberapa helai. Kain bedung banyak kegunaan. Boleh dijadikan lap muak, lapik utk alas baby, kain tutup stroller dll. Kat Shopee dan kedai ada yg jual 4-5. Kuantiti ni pun okay. Saya baru beli 2 sbb risau nanti baby x suka pakai. Saya beli sikit sbb takut membazir klu baby x suka. Sy mmg dh ada byk tuala pelbagai jenis nipis tebal dan byk sapu tangan. So kurang lah kegunaan kain bedung utk saya. 3. Pampers atau lampin kain. Kalau nak guna Pampers beli yg sikit tu ja saiz newborn/xs/s. Sy beli saiz S. Kain lampin pun ada beli 10 helai ja. Pastu seluar utk lapik lampin 2 helai ja. Nanti beli lagi tambah. 4. Tuala mandi 5. Sabun mandian bayi

Baca lagi
Post reply image