Sekadar Luahan
Hi. Saja lh nk luah. Mil sy ni dia suka menyampuk percakapan antara sy dgn suami. Bila sy bcakap dgn suami, mil pula yg respon cakap sy. 😌. Tak sempat suami merespon. Then, kak ipar. Taktaulah if ada yg rasa okay pasal ni, tapi sy tersangat tak okay. Kak ipar tanya baby sy panggil sy apa, sy bgtaulah 'ibu', pastu dia selamba cakap, "Oh, dia panggil sy mama lah." sy tak okayyy. Lagi satu, haritu pelik knp mil tiba2 tak pernah view dah status sy, bila suami cek fon mak dia, mmg dia mute sy. 😂. Tak tau lah samada dia yg mute or org lain tlg mutekan. Tapi tahun baru ni, sy delete dah number diorg, remove dari sosmed sy. ☺️. Nak tenang2 je tahun ni. Nanti birthday baby tak pasti nak buat kat rumah ke kat tmpt lain, kalau buat kt rumah mesti mil dtg awal pastu complain masakan sy 😂. Tak complain masakan, mesti complain knp dapur sy kurang brg or brg lama. Sy mmg guna apa yg ada je, jarang meminta dgn suami. Tak cukup dgn complain, kalau dia nampak brg baru dlm rumah mesti ckp kami kuat membazir. 😂