saya nak tanya minta pendapat

hai ibu ibu saya nak tanya la amik perancang ni kan mana satu lagi elok eh ? makan pil atau pun cucuk depo ? bagi korang mana satu yg okay ? sebb saya baru start nak amik perancang after bby pun da 4 bulan sekarang ni #firstmom #ingintahu #firstbaby

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Semua perancang ni sbnrnya ada side effect dia, bergantung pd diri kita sendiri. Tak kisah la ambik pil ke, cucuk depo, iud or implanon, mmg akan ada gangguan pd sistem badan kita. Ada yg berat naik mendadak, ada yg period jd huru hara, tak period lgsg or period berpanjangan n mcm² lg la side effectnya. Sis boleh discuss dgn nurse/doktor, boleh try ambik mana² dulu. Kalau rasa tak sesuai dgn badan, boleh mintak tukar kpd perancang yg lain. Kalau sis mmg nak jarakkan anak dan nak rancang sendiri, kena ada ilmu dan faham betul² kaedah merancang sendiri sbb nak elakkan dr terbabas. Byk sgt kes rancang sendiri, pastu terbabas, termengandung, tak bersedia nak dpt anak lg, mulalah cari jalan utk gugurkan kandungan. Tak baik mcmtu. Hukum ambik perancang adalah harus, tp gugurkan kandungan tu haram. Pengalaman saya, saya ambik suntikan depo. Saya tahu saya jenis yg tak disiplin utk makan pil, dan saya takut nak pasang iud or implanon, so paling mudah bg saya is cucuk depo 3 bulan sekali. Kesan kat saya, berat tak naik mendadak pun sbb kita still boleh control cara makan n diet kita. Jgn terlalu ikutkan sgt nafsu makan tu. Tp period saya mmg jd haywire la. Kkdg berbulan tak dtg, kkdg kalau period, dia jd lama. Hormon mmg jd kacau. Kalau risau, boleh je jumpa doktor n bincang apa yg patut buat.

Baca lagi

Saya cucuk depo sebab tau diri nk jenis memang tak disiplin bab2 ubat ni lagi2 pil perancang ni kna makan ikut masa betul2. Tapi sis, lepas cucuk depo msa kaunseling perancang keluarga tu dia bgtau seeloknya kalau bersama tu minta suami pakai dulu protection 2-3 bulan pertama lepas cucuk. Sebab bukan lps cucuk then trus xprgnant. Sebab badan kita akan amik masa nak adapt dgn suntikan tu. Sebab tu lps cucuk ada yg mengalami period lebih panjang dari biasa ada yg rasa badan xselesa tp tu kesan sementara badan nak serasi dgn suntikan tu. Cuma kalau bole bila bersama tu pakai protection dulu 2-3 bulan pertama. Tapi kalau ada yg masih mengandung lps 2 suntikan, tu betul2 rezeki Allah nak bagi. Macam saya alhamdulillah dah nk masuk 4 kali cucuk, xde mengalami sebarang kenaikkan berat badan atau peninglatan selera yg melampau. Tapi betul saya datang bulan lebih lama dr biasa masa awal2 dulu. Tp masa bulan ketiga da mula teratur walaupun masa tu 11 hari baru kering haid. Tp bulan2 berikutnya dah kembali normal 7 hari dan cycle yg lebih tetap walaupun sya buat keputusan nk amik depo msa baby da nk masuk 6 bulan..

Baca lagi
2y ago

Sister kat klinik pun ada bagi perundingan sblum kita buat pilihan nk ambil sebarang perancang & saya juga pilih untuk depo. Sebab takut lupa bila makan pil. Dan ye dia pun pesan walaupun da cucuk depo untuk beberapa bulan pertama masih perlukan protection semasa bersama da akn ada perubahan period. Alhamdulillah saya dapat atasinya..anak pun da nak masuk 2 tahun lagi 3 bulan dan saya da stop depo untu ttc anak kedua. Doakan saya ye.

Depend on ur body. Pil perancang okay. Cucuk depo okay. Pakai IUD okay. Mcm sy cucuk depo dah setahun 6 bulan. Masa mula2 cucuk dlm 3 bulan tu je period. Lpas 3 bulan cucuk tu lg, period juga tp bila pakai pad langsung x de kt pad, perasan darah pun dlm toilet bowl masa pee. Cucuk depo is much more easier n safe, setia 3 bulan tu je la kena cucuk. Kena alert pun timeline die, 12 weeks @ 13 weeks. Lebih 13 weeks depo x bertahan, kena check UPT. Kalau pil perancang nie kena betul2 komited x boleh miss 1 day. Mcm leceh sikit bg sy la. Apa2 pun awak kena try n error.

Baca lagi
TapFluencer

Saya ingat nak mkn perancang tapi tula mak saya suruh berurut ja bagi naikkan apa entah . InsyaaAllah tak pregnant , kalau nak pregnant urut bg turun balik . Dia takut mkn pil kita lupa atau tak tetap . Depo kwn saya cakap berat naik kena banyak diet . Memang nampak la struggle sebab dia gila makan mcm saya . Sebab mak saya pun dia kata cucuk dulu pun kena diet . Saya sendiri taktau amik apa 😅

Baca lagi

Lain org lain kesesuaian, sbb perancang ni mostly hormone based, dan semua badan berbeza penerimaan. Iucd shj perancang yg bukan hormone based. Mcm sy waktu anak sulung dlu sy try yg suntik tu, tak sesuai dgn sy (sy akan period for 27 days, 3 hari shj kering 🥲) Pil pun bbrp kali tukar, tukar kali ke-4 baru ssuai dgn sy. Sy berjaya merancang dgn pil shj for 5 years. Tp lain bdn, lain 😄

Baca lagi
2y ago

Saya baru buka iucd sebab saya mengalami cramp perut macam senggugut tapi rasa macam lebih teruk je & sakit kepala yg teruk. Xsampai sebulan pakai da g buka sebab saya rasa sangat terganggu untuk xtvt harian lagi2 saya bekerja. Bila saya sakit kepala & sakit di bhgn perut yg berpanjangan susu pun jadi drop. Sedih betul. Skrg da buka harap susu badan saya kembali meriah. Buat masa ni hanya guna kondom. Sehingga kami akan putuskan apa kaedah merancang lain yg akan saya guna.

TapFluencer

kalau jenis disiplin, makan pil pun dah ok. cuma bila nak bersama tu kena double triple protection sbb ada je kes makan pil tp masih pregnant. nak senang cucuk depo sbb 3 bulan sekali so takyah makan pil hari2. kalau berani, pasang IUCD/Implanon. cuma tu utk jangka masa panjang kalau nak betul2 jarakkan anak

Baca lagi
2y ago

masih kena berjaga2 juga tp selamat lg dari pil sbb kdg pil kita boleh terlupa kan.

TapFluencer

Setelah nurse bg perbandingan, saya prefer pil sbb tak ganggu kitaran haid saya. Yg lain saya tak nak sebab trauma nak kena masukkan benda dlm badan dan tak nak ganggu kitaran haid.

klau awak jenis disiplin on time x lewat x tinggal blh ambil pil.. klau x blh ambil depo.. tp bersedialh bila ambil perancang hormon akan jd huru hara..

sy pula lepas cucuk depo haid kluar non stop selama 5 bln. mkn pil perancang mengandung pula. lebih baik pkai k****m ja.😅

Buat masa ni saya makan pil. Tiada side effects untuk saya. Tapi kena displin la. Makan on time.