first baby & 31 weeks pregnant

dear mommies, do you have any tips for easier labour, tips how to breath, how to push etc? and might share your experience during labour?

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Kalau normal delivery awak ada options. Nak tunggu sakit naturally atau masuk ubat. Kalau masuk ubat, sakitnya cepat tapi tak dapat la rasa sakit contraction tu naturally. And ada orang kena guna special belon untuk pecahkan air ketuban. Kalau naturally awak tunggu jela nanti lama² sakit dia akan makin kerap and awak akan melalui proses pecah ketuban dengan sendirinya. Both kena depends pada situasi. Kalau lebih 12 jam tak buka² doktor akan suh masuk ubat. Sebab risky pada baby. Takut jantung baby makin lemah or dia start makan najis dia sendiri and macam² lagi situasi. Macam sy, doktor sy tanya nak tunggu sakit datang sendiri ke atau nak masuk ubat. Sy decide utk tunggu naturally. Alhamdulillah masuk wad pukul 11 pagi tak silap sebab dah 3cm. Pukul 11 malam dah 7cm terus admit lr. Sepanjang menunggu tu makan tau sebab kita perlu tenaga untuk meneran. Makin kerap contraction sy minum susu kurma farm fresh tu dgn biskut kering buat alas perut. Sebab takde mood nak makan dah 🤣 Masa dalam lr nurse cakap kalau rasa macam nak teran berak tu bgtau. Tu maksudnya betul² nak terberanak la tu. Once air ketuban dah pecah sendiri, dorang standby kat depan saya. Masa teran jangan jerit sebab nanti kita akan lagi cepat penat. And jangan angkat punggung sebab boleh buat luka koyak lagi besar. Time nak teran tu, teran masa rasa sakit contraction datang. Tarik nafas dalam² and teran. Macam sy contraction pendek² so lama gak la nak habis 😂 so dorang masukkan ubat sakit untuk bagi rasa sakit tu lama. So that sy boleh push lama sikit. Kalau perlu gas awak mintak. Gas tu mcm ubat pelali utk distract awak dari rasa sakit and fokus untuk teran. Ada certain midwife tau cara nak bg cepat bukaan. Tapi azab sikit la. Kena tahan. Sakit beranak lagi sakit 😂 slain dr tu baca selawat nabi yunus and kuatkan semangat. Pukul 11 mlm masuk pukul 2 pagi selamat beranak. Alhamdulillah. Once baby dah lahir, rasa legaaaa sangat². 1st 3 month tu crucial sebab baby tak biasa dengan dunia lagi so memang tough sikit. Akan menguji emosi. Lepas dr tu insyaAllah okay dah hehehe. Goodluck semoga dipermudahkan.

Baca lagi
4y ago

Yg saya faham teknik push and pernafasan yang betul akan bantu kita untuk minimumkan rasa sakit masa nak keluarkan baby tu. Contoh kita push baby bukan time contraction, lagi terasa sakit dia tu. Kita pun akan cepat letih sebab kena put more effort untuk push. Lepastu yang doktor pesan jangan angkat punggung tu pulak untuk bantu minimumkan saiz koyakan. Kalau nak elak dari terkoyak tu saya tak berapa sure. Mungkin boleh mintak advise medical team(doctor/nurse)

VIP Member

Dulu sy teran ikut arahan bidan ja 😄..teran masa contraction dtg & pastikan nafas cukup untuk teran lama.. Sy mmg dri awl pregnant , suka tengok cara teran yg btul dkt YouTube, google.. Tapi, bila nk dkt melahirkan , smua hilang sbb layan contraction 😂.. Yg paling sy ingt ,jgn triak n cuba bertenang (walaupun susah nk kawal bila contraction kerap tu dtg).. Lgpun, sy hanya sempat makan sekeping biskut oat .. Tu pun terpksa , xda selera nk makan tgh sakit2 tu.. Cuba makan Mknn yg cpt hadam & yg high energy.. Syukur jga walaupun dalam keadaan separuh sedar (sy req cucuk ubat tahan sakit dkt punggung sbb xtahan sakit contraction & ubat tu buat sy lemah) , lps teran xsmpai 4 Kali , baby kluar .. Tu pun xckup tenaga sbb tlalu penat & rasa mngntuk ☺

Baca lagi
VIP Member

Sebelum nak bersalin tu, sila makan dan minum. Tak banyak pun sikit untuk tenaga. Kurma is advisable nak ambik sebab kecik satu dan bekalkan tenaga untuk kita. Tapi kalau masa kontraksi masih boleh makan nasi, makan ja. Meneran apabila diberitahu jururawat/doktor. Tarik nafas mcm biasa dan masa teran tu, hembus melalui mulut. Tapi lepas teran jangan tarik nafas dalam2, susah nak keluar nanti. Kena pandai curi-curi nafas. Masa bersalin jangan teriak sebab akan buang tenaga. Bila tenaga terbuang situ ja, cepat penat. Masa teran angkat kepala sikit dan dagu tu biar cecah aras dada. Tangan biasanya pegang besi tepi tu untuk mudahkan kita nak angkat. Dan oh, jangan angkat punggung masa teran. Risau koyak teruk bahagian bawah.

Baca lagi
VIP Member

Masa bersalin hari tu sy yg balik2 tanya doc boleh teran atau tk, masa tgh teran tu siap minta doc ambilkan air lagi sebab haus sgt2.. Teknik pernafasan sgt penting.. Sy bersalin masa pkp & 1st baby, baby keluar awal 2week dri due date.. Spnjang tempoh pregnant benda paling takut ialah tk pandai teran yelah sbb 1st baby kn. Nk harap suami teman supaya boleh remind masa bersalin tu teknik pernafasan tapi bersalin masa pkp tk blh teman plak tpksa berjuang sorang2. Tapi Syukur la sbb masa bersalin tu mcm automatik pandai teran.. 😂rasanya teran tk sampai 10mnt baby dah kluar..

Baca lagi
4y ago

Tk boleh sis, tiada peneman/pelawat dibenarkan. Husband boleh hantar brg tapi pass dgn guard saja, nti guard yg pass dgn kita

masa sya dlu nak bersalin tips nak bersalin tu zero 😅😅 ... masa nak push kt lobour room dokter suruh push sya bole ckp xtahu 😂😂.. masa tu juga la dokter ajar mcm mana nak push .. tip nak teran tarik nafas dalam2 teran sekuat hati mulut xnak teriak .. kalau teriak tenaga kita kurang nak teran.. masa sya teran tu sya teriak mmng baby xdpt kluar xtahu la kenapa.😅😅 .. sya try ikut ckp dokter tu alhamdullilah baby laju je kluar . hilang segala2 rasa 😄 .....

Baca lagi

Make sure makan cukup2 untuk gain energy before nak bersalin. Saya bersalin waktu pagi tak sempat makan, memang takde energy nak teran. Curik nafas waktu teran. Jangan angkat punggung. Teran lama-lama dan panjang so baby senang keluar.

baca komen² kt bwh ni.. rasa takut pulak nk bersalin 😢 tgh pregnant 11 week 🤗

Bukak ig Asyaliee.. dekat highlight dia teknik yang dia belajar dengan doc xsilap

VIP Member

Kalo awk 1st bby better g kelas utk ajr teknik meneran...teknik bnafas yg btl..

Hi im also 31 weeks 6days.. Due 22nd june.. 🤭😍