FPP Putrajaya untuk bersalin

Cadangnya ingin bersalin di Hospital Putrajaya melalui program FPP (Full Paying Patient), tapi nampak gayanya mungkin terpaksa lupakan niat kerana FPP di Hospital Putrajaya dah penuh sehingga Februari 2020. Saya pula dijangka bersalin pada awal Januari 2020 ? Ade check juga dengan hospital lain yg menawarkan FPP seperti Hospital Sg Buloh dan Hospital Selayang, tetapi mereka juga penuh. Walau apa pun, saya lebih mahu Hospital Putrajaya kerana dekat dengan lokasi untuk berpantang nanti. Kalau ada rezeki, dapat lah saya ber FPP di Hospital Putrajaya. Jika takde, lahir di wad biasa hospital Putrajaya pun boleh lah ?

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nasib kita sama sis ! Kita dah ready n bersemangat nak book bersalin fpp putrajaya, tapi slot booking penuh. Tapi xpelah positifkan diri mungkin allah nak bagi tempat bersalin di hospital putrajaya yang biasa je.. Semuanya Okay, servis, layanan dan lain-lain. Mungkin next baby kalau ada rezeki bolehla merasa fpp putrajaya, kalau bukan tahun 2020 mungkin 2021.. Eh! :D

Baca lagi

Sebelum ni dok usha-usha juga la bayaran bersalin fpp putrajaya. Tapi tulah saya jenis last minute, sekali buat panggilan phone n orang yang angkat tu cakap dah fully book. Agak sedih juga la time tu, biasa la emosi ibu hamil.. Hakhak.. Tapi kalau Mengandung anak lepas ni memang nak target leklok bersalin di hospital putrajaya. Doakan saya ye

Baca lagi

Owh saya tempoh hari book masa kandungan nak masuk 7 bulan. Masa tu dok ckp dekat husband rasa macam ok je bersalin di hospital putrajaya. Kebetulan kami lalu situ, husband ajak masuk ler kejap tanya macam mana prosedur and caj dia. Terus book alhamdulillah rezeki anak pertama kami. Fpp putrajaya bagi sy sangat berbaloi dan selesa

Baca lagi

That's why saya masa trimester kedua dah mula kalut fikir nak bersalin fpp putrajaya atau hospital lain. Yelah rumah pun dekat kan.. Tapi at last masuk wad biasa je.. Masa tu kebetulan ada kawan zaman sekolah duduk sebelah katil. Happy tapi nervous gak. Paling tak boleh lupakan tarikh kami bersalin pun sama cuma lain jantina! :D

Baca lagi

Tak pelah sis mungkin Tuhan nak awak mengandung lagi.. Hihi.. next baby book awal-awal untuk bersalin di hospital putrajaya ni tau. Pengalaman saya bersalin dua orang anak dekat sini, alhamdulillah allah mudahkan proses daftar masuk sehinggalah kami selamat keluar dari fpp putrajaya ni :)

My sister bersalin dekat fpp putrajaya ni awal Februari lepas. Dengar pengalaman dia pun macam happy je sebab dia cakap nurse and doktor memang baik sangat-sangat. Nak tanya banyak jenis soalan pun tak malu dah. kadang-kadang kita ni diam je tapi sbenarnya ada benda kita nak sangat tahu

Saya antara ibu yang bersalin di hospital putrajaya. Sebab dia antara hospital terpilih yang menawarkan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh @ Full Paying Patient (FPP). Nak mudahkan urusan, saya booking awal melalui panggilan telefon jer. Nah! ni nombor fpp putrajaya 03-8312431

Awak, saya adalah dok survey untuk bersalin dekat fpp putrajaya ni.. Ada review cakap mommies boleh pilih doktor yang kita selesa. Maksudnya, kita akan ada kita punya personal gynae. Doctor nilah yang akan in-charge dari check-up bulanan sampailah masa bersalin nanti.

Don't worry sister.... Pray well and god will arrange in perfect time.... Actually me to same feelings like you.. Masa I col untuk daftar FPP Mereka Kata dah Penuh... Due date saya pun January 2020 juga... Everything upon to god.... He will guide us.....

Baca lagi

Its okay sis. mungkin bukan takdir baby merasa layanan fpp putrajaya. Btw dulu pun saya pernah bersalin anak pertama di hospital putrajaya (wad biasa). Servis pun 5 bintang. Apa-apapun minta dimudahkan segala urusan. Sakit beranak sama je kan hihi

3y ago

kalau wad biasa tu mcm mana sis byrannya? n just walk in terus ke bila rasa sakit nak bersalin tu?