FPP Putrajaya untuk bersalin

Cadangnya ingin bersalin di Hospital Putrajaya melalui program FPP (Full Paying Patient), tapi nampak gayanya mungkin terpaksa lupakan niat kerana FPP di Hospital Putrajaya dah penuh sehingga Februari 2020. Saya pula dijangka bersalin pada awal Januari 2020 ? Ade check juga dengan hospital lain yg menawarkan FPP seperti Hospital Sg Buloh dan Hospital Selayang, tetapi mereka juga penuh. Walau apa pun, saya lebih mahu Hospital Putrajaya kerana dekat dengan lokasi untuk berpantang nanti. Kalau ada rezeki, dapat lah saya ber FPP di Hospital Putrajaya. Jika takde, lahir di wad biasa hospital Putrajaya pun boleh lah ?

25 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

My sister bersalin dekat fpp putrajaya ni awal Februari lepas. Dengar pengalaman dia pun macam happy je sebab dia cakap nurse and doktor memang baik sangat-sangat. Nak tanya banyak jenis soalan pun tak malu dah. kadang-kadang kita ni diam je tapi sbenarnya ada benda kita nak sangat tahu