FPP Putrajaya untuk bersalin

Cadangnya ingin bersalin di Hospital Putrajaya melalui program FPP (Full Paying Patient), tapi nampak gayanya mungkin terpaksa lupakan niat kerana FPP di Hospital Putrajaya dah penuh sehingga Februari 2020. Saya pula dijangka bersalin pada awal Januari 2020 ? Ade check juga dengan hospital lain yg menawarkan FPP seperti Hospital Sg Buloh dan Hospital Selayang, tetapi mereka juga penuh. Walau apa pun, saya lebih mahu Hospital Putrajaya kerana dekat dengan lokasi untuk berpantang nanti. Kalau ada rezeki, dapat lah saya ber FPP di Hospital Putrajaya. Jika takde, lahir di wad biasa hospital Putrajaya pun boleh lah ?

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Its okay sis. mungkin bukan takdir baby merasa layanan fpp putrajaya. Btw dulu pun saya pernah bersalin anak pertama di hospital putrajaya (wad biasa). Servis pun 5 bintang. Apa-apapun minta dimudahkan segala urusan. Sakit beranak sama je kan hihi

3y ago

kalau wad biasa tu mcm mana sis byrannya? n just walk in terus ke bila rasa sakit nak bersalin tu?