Jom Menang Pampers Berkualiti Dari Applecrumby™ !

Bulan November ni ada contest menarik untuk TAP users! Jom masuk contest Applecrumby ni jom. Kami mencari 3 pemenang bertuah untuk bawa pulang 12 pax (1) dan 3 pax (2) Designer Diaper dari Applecrumby! Aip! Sebelum masuk contest ni pastikan anda sudah mendaftar di sini ya: https://community.theasianparent.com/contest/jom-menang-pampers-berkualiti-dari-applecrumby/1711?lng=en Kalau tidak, ia dikira tidak sah tau. Contest bermula dari 7/11/2022 hingga 20/11/2022. GOOD LUCK!

Jom Menang Pampers Berkualiti Dari Applecrumby™ !
135 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya suka pampers Applecrumby kerana saya seorang wanita yang bekerja, keutamaan saya adalah keselesaan anak ketika saya sedang sibuk menguruskan hal kerja di pejabat dalam masa yang sama saya juga bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar. Anak adalah satu amanah, alam yang kita diami ini juga satu amanah. Dengan ini keutaaman saya adalah memberi yang terbaik buat anak dan alam ini. Sifat pampers Applecrumby ini yang mesra alam dan saya tak perlu risau jika saya kitar semula pampers ini, Pampers Applecrumby tidak akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana diperbuat dari bahan yang bebas sepenuhnya daripada pemutihan klorin, DEHP, Phthalates, logam berat, asbestos serta pewangi. Dalam masa yang sama, ketahanan penyerapan pampers ini adalah selama 12 jam jadi sangat jimat untuk mengendalikan stok pampers anak saya. Saya tidak perlu sentiasa pergi ke kedai untuk membeli stok pampers baru kerana pampers Applecrumby memberi jaminan yang terbaik buat saya dari segi ketahanan, kekemasan serta keselesaan terhadap baby saya. Saya tak akan pilih jenama yang lain kerana semua kebaikan untuk baby, alam sekitar dan juga ibubapa terletak di dalam satu pampers berjenama Applecrumby. Terima kasih Applecrumby kerana hadir dalam dunia ibu bapa. Anda memang memudahkan kami semua❤️

Baca lagi
Post reply image