Hamil melebihi 40 minggu

بسم الله الرحمن الرحيم... Assalamualaikum... Saya dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua. Semoga proses kelahiran Noraqlilyriana Nasri dipermudahkan Allah swt. Jauh disudut hati, saya agak risau mengenangkan kandungan sudah overdue yg sepatutnya bersalin pada 7/12/22. Sekiranya belum bersalin, doktor nasihatkan agar admit pada 13/12/22 dan induce keesokan harinya. Saya tiada pengalaman induce kerana kelahiran pertama bersalin normal dan merupakan bayi kembar pra matang. Berselangkan 6tahun menyebabkan saya keliru rasa sakit bersalin yg doktor maksudkan. Tiada tanda² dan bukaan sudah 4cm semasa kandungan pertama. Kandungan kedua, pada 6/12/22 - 8/12/22 bukaan hanya 1cm. Hanya ada contraction, tiada rasa sakit bersalin, tiada leaking dan tiada spotting. Mohon doa kalian agar semua kegusaran hilang dan dipermudahkan segala proses kelahiran kedua iaitu bayi ketiga saya. حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ😢 Semoga ibu dan anak yg bakal lahir selamat hendakNya.... Amin...

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk sis dan anak. Insya-Allah yang baik baik sahaja. Aamiin, aamiin. ✨ Super mommy 🦾 Btw, cantik nama sis. Unik. 🥹❤️