Lilyriana Nasri profile icon
SilverSilver

Lilyriana Nasri, Malaysia

Kontributor

About Lilyriana Nasri

Mother of 2 active son

My Orders
Posts(3)
Replies(3)
Articles(0)

PENGALAMAN BERSALIN🤰🏽

Assalamualaikum semua... Pertama sekali saya dengan rasa rendah hati, mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya tempoh hari. Mungkin ada salah satu doa antara kalian yang diangkat Allah SWT. Bersyukur hendakNya segala²nya dipermudahkan. Pada tanggal 10 Disember 2022 @11.20am telah lahirnya seorang putra yang diberikan nama Muhammad Ayyash Noufal. Alhamdulillah pada jam 8pagi tergerak hati untuk terus ke PAC untuk check bukaan. Sepatutnya pada pagi itu, saya perlu ke kk untuk check up memandangkan kandungan saya yang sudah overdue. Sepanjang kehamilan, saya langsung tiada rasa sakit untuk bersalin. Alhamdulillah Allah permudahkan dan hanya sakit pada pagi 10hb itu sahaja. Pada mulanya saya agak keliru dan beranggapan hanya angin menyucuk² sahaja. Mungkin lewat makan. Kemudiannya sakit semakin kerap dan makin menyerupai senggugut yang menyucuk². Masih cuba untuk bertenang dan mengikut nasihat JM untuk mengira kontraksi selama 10minit. Sakit semakin lama semakin kuat dan kerap, barulah saya membuat keputusan untuk tidak ke kk tetapi terus bergegas ke labor room. . . . Check bukaan/CTG jantung baby di PAC. . . . Turun ke bilik saringan (swab test). . . . Berehat di PAC sambil monitor jantung baby/check bukaan (menunggu result swab test). . . . Salin pakaian untuk ke labor room (selepas result swab test keluar) . . . Doktor check bukaan, pecahkan air ketuban, suami masuk labor room, proses bersalin seperti biasa. . . . Pada awalnya doktor hanya estimate 2.6kg/2.8kg sahaja. Tetapi bayi yang dilahirkan adalah seberat 3.55kg dengan diameter kepala bayi 3.6cm. Koyakan? Ya, ada. Jahitan? Ya, banyak. Demi menyelamatkan nyawa, koyakan dan jahitan adalah perkara kedua. Alhamdulillah semua selamat. . . . Saya sangat² bersyukur kerana bidan² yang attach saya semasa bersalin sangat supportive dan terlatih. Doktor pakar hanya hadir pada awal nya untuk proses pecahkan air ketuban dan tanya proses jahitan pada akhir sekali sahaja. Mungkin disebabkan ada satu patient lagi yang perlu menjalani c- section pada masa yang sama dan perlukan kepakaran doktor tersebut. . . . Pengalaman sememangnya mendewasakan kita. Bermula kaki melangkah masuk untuk berjihad menyelamatkan satu nyawa kecil yang bakal melihat dunia. Sekian sahaja nukilan daripada seorang ibu yang sedang menjalani proses berpantang😇 Saya doakan semoga semua ibu² yang bakal melahirkan bayi² comel tidak lama lagi, dikurniakan kesihatan fizikal dan mental serta kuat dalam memperjuangkan apa yang hak. Ibu² semua kena kuat okay💪🏻. Sekian, assalamualaikum🥰

Read more
 profile icon
Write a reply