Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2021, kami bawakan khas kepada anda pakar untuk anda bertanya terus secara langsung apa-apa persoalan berkaitan dengan Sindrom Down bersama dengan Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation. Ikuti perbincangan ini pada hari Ahad, 21 Mac 2021, jam 3 petang dengan topik 'Apakah itu Sindrom Down dan adakah anak Sindrom Down boleh dididik?' *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak akan di jawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak sy disahkan klinikal syndrome down sejak lahir pd 13.1.2021 yg lalu. Adakah normal anak sy minum susu dlm kuantiti yg sedikit pd satu2 masa. Sekarang umurnya 2 bulan 8 hari dan setiap kali minum susu cuma 60 ml sahaja.

5y ago

Puan Shariza, secara umumnya cara untuk memastikan susu adalah cukup atau tidak bergantung kepada kekerapan menukar lampin dan pemantauan terhadap penambahan berat badan bayi. Bagi bayi Sindrom Down terdapat faktor lain yang berkaitan dengan kondisi fizikal atau berkaitan dengan masalah kesihatan mungkin menyumbang kepada kurangnya jumlah penyusuan. Oleh hal yang demikian cara untuk mengenal pasti jumlah penyusuan adalah sama seperti bayi lain. Untuk memastikan dengan lebih lanjut puan boleh mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pakar penyusuan laktasi yang bertauliah selain daripada melakukan penilaian kesihatan terhadap bayi puan di hospital atau pusat rawatan kesihatan.