Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2021, kami bawakan khas kepada anda pakar untuk anda bertanya terus secara langsung apa-apa persoalan berkaitan dengan Sindrom Down bersama dengan Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation. Ikuti perbincangan ini pada hari Ahad, 21 Mac 2021, jam 3 petang dengan topik 'Apakah itu Sindrom Down dan adakah anak Sindrom Down boleh dididik?' *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak akan di jawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bagaimana KDSF tolong orang/kanak-kanak Sindrom Down?

5y ago

KDSF menyediakan Program Intervensi Awal untuk bayi dan kanak-kanak Sindrom Down seawal usia 2 bulan-6 tahun. Antara program yang dijalankan di KDSF adalah Infant Stimulation Program (2 bulan-2 tahun), Toddler Program (2 tahun - 3tahun) & Special Education Program ( 4 tahun -6 tahun). Adalah menjadi misi kami agar kanak-kanak Sindrom Down ini akan dapat berdikari dan mencapai serta memperkembangkan potensi mereka melalui program intervensi awal ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Intervensi Awal yang dijalankan di KDSF sila layari www.kdsf.org.my