Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2021, kami bawakan khas kepada anda pakar untuk anda bertanya terus secara langsung apa-apa persoalan berkaitan dengan Sindrom Down bersama dengan Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation. Ikuti perbincangan ini pada hari Ahad, 21 Mac 2021, jam 3 petang dengan topik 'Apakah itu Sindrom Down dan adakah anak Sindrom Down boleh dididik?' *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak akan di jawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

penyakit ni kalau takda genetik boleh trjadi jugak ke ?

5y ago

Sindrom Down hanya terjadi kerana disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang individu. Terdapat tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel bg individu yang mempunyai Sindrom Down. Pada kebiasaannya Sindrom Down terhasil daripada kondisi kromosom seperti yang dinyatakan. Walau bagaimanapun sekiranya keluarga pernah mempunyai sejarah kelahiran Sindrom Down khususnya dari jenis Sindrom Down Tanslocation, kebarangkalian untuk kelahiran Sindrom Down boleh diwarisi.