Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2021, kami bawakan khas kepada anda pakar untuk anda bertanya terus secara langsung apa-apa persoalan berkaitan dengan Sindrom Down bersama dengan Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation. Ikuti perbincangan ini pada hari Ahad, 21 Mac 2021, jam 3 petang dengan topik 'Apakah itu Sindrom Down dan adakah anak Sindrom Down boleh dididik?' *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak akan di jawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bolehkah Cik Angie kongsikan aktiviti yang sesuai dilakukan bersama kanak-kanak sindrom down supaya mereka boleh lebih produktif and aktif?

5y ago

Hi Cik Dayyah, aktiviti-aktiviti seperti memanjat, melompat, berlari, bergayut (pada “monkey bar’), dan sebagainya boleh membantu kanak-kanak Sindrom Down untuk menjadi lebih aktif. Oleh kerana anak-anak sindrom down adalah “hypotonia”, ia itu mempunyai tona otot yang lemah, aktiviti pergerakan motor kasar (fizikal) akan memperkuatkan tona otot mereka.