Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2021, kami bawakan khas kepada anda pakar untuk anda bertanya terus secara langsung apa-apa persoalan berkaitan dengan Sindrom Down bersama dengan Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation. Ikuti perbincangan ini pada hari Ahad, 21 Mac 2021, jam 3 petang dengan topik 'Apakah itu Sindrom Down dan adakah anak Sindrom Down boleh dididik?' *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak akan di jawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Budak down syndrome ni perangai dia lain ke? Apa yang lain sebenarnya?

5y ago

Secara umumnya kanak-kanak Sindrom Down adalah seperti kanak-kanak tipikal yang lain. Namun demikian perkembangan mereka adalah lewat berbanding kanak-kanak seusia mereka. Sebagai contoh mereka lambat dalam pertuturan, ini menyukarkan mereka untuk mengekspresi perasaan mereka. Oleh sebab itu mereka banyak menunjukan perasaan melalui tingkah laku yang kadang kala disalah ertikan.