bg anak makan nestle cerelac

bby nk msuk 7m x lama lg.. before this sy rjin buat kan dia bubur ad brokoli carrot ayam sy blend.. tp lpsni sy nk cuba bagi dia nestle cerelac je, sbb senang nak sediakan. start bln dpn sy dah krja, so drop kat babysitter sja..sy x pndai nak sediakan mkanan2 yg letak d chiller tu xpnh buat😅😅 saran ibu2 mcm mna?? ok x .. dah beli, belum bagi ank mkn🥰 korg ad jg x yg bg anak nestle cerelac ni? edit: Kalau nk buat bbur sndiri tp tkde blend and food processor baby tu, nak buat mcm mna ye??lenyekk je blh?

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham betapa pentingnya memberi makanan yang berkhasiat kepada bayi. Bagi anak yang hampir berusia 7 bulan, memberi makanan pendamping ASI seperti bubur brokoli, carrot dan ayam adalah baik untuk pertumbuhan mereka. Tetapi jika anda ingin mencuba Nestle Cerelac kerana lebih mudah, itu juga boleh. Anda boleh mulakan dengan memberikan sedikit-sedikit, perlahan-lahan bagi anak cuba rasai tekstur makanan tersebut. Pastikan anda memilih varian yang sesuai dengan umur anak anda. Jika sudah dibeli, anda boleh cuba berikan kepada anak dan perhatikan reaksinya. Jika anda ingin membuat bubur sendiri tanpa menggunakan blender atau pengisar makanan bayi, anda boleh cuba melelenyek bahan-bahan tersebut dengan garpu sehingga menjadi tekstur yang lembut. Kemudian, masaklah bahan-bahan tersebut sehingga benar-benar empuk dan mudah untuk anak kunyah. Saya harap perkongsian saya membantu anda. Selamat mencuba! 🥰 https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Senang je sis .. sis masak je bubur macam sis dah masak tu kan, buat stock untuk 3 hari, simpan dalam chiller. Nak makan, ambek Secukup nya je panaskan bagi baby makan. pastu kalau sia xde blender @ food processor, guna je blender biasa .. guna penapis pun boleh Ikut cara orang lama². Makanan tu di tapis. siap .. mudah kan ? masak je Makanan baby tu, bubur dia kan, simpan chiller. saya pun buat macam tu Walaupun saya tak bekerja, surirumah sepenuh masa pun saya buat begitu. Masak bubur anak, simpan chiller cukup untuk 3 hari sahaja .. dah habis, saya masak Balik buat stock. gítu je. jadi kita tak payah nak masak setiap hari. anak nak makan cepat pun mudah, tinggal Panaskan janji tu real food, bukan instant food. Lebih bagus dan Lebih sihat sis kita masak Makanan sebenar untuk anak Daripada Makanan instant. kita xtau dalam bahan dia ade ape. bahan pengawet dan Sebagainya

Baca lagi
3w ago

kalau dah blend, tak payah tapis dah .. tapis tu bila sis xde blender je .. Boleh guna penapis ..

Sy takde masalah dgn instant food kalau bagi sekali sekala. Means haritu sibuk, bagi lah. Mcm baru2 ni sy byk urusan pindah rumah and ada sehari tu peti kena tutup. Lebih kurang 48 jam lah takde peti so stok makanan dan susu anak mmg tumpang rumah mak. Masa tu sy byk bagi instant food sbb sibuk. Tapi untuk hari2 sy tak galakkan. Kementerian kesihatan pun tak galakkan. Kalau awk takut sibuk, sy cadangkan buat stock frozen. Stock frozen lagi baik dari makanan segera sis. Bygkan kita hari2 makan cerial. Kan blh kena diabetes. Macam tu lah. Buat stock secara berperingkat. Protein sy buat stock byk2 letak dlm cube tray. Dah keras masuk plastik ziplock. Stock sayur pun sama. Bubur nasi, saya buat stock cukup untuk 4 hari dan bekukan. Nak hantar pengasuh / taska, sy panaskan dlm microwave 5 minit dan letak dalam bekas tahan panas.

Baca lagi
2w ago

Lamanya panaskan dlm microwave 5 minit

Baru baca tadi ada posting anak dia 10m nk kena masuk tiub apa tah check gastric sbb berat x cantik, underweight. Seram. Better masak sendiri la. Semua org tau real foods are better. Saya hantar anak kt babysitter juga & tak susah pun masak kalau guna blender baby tu. Campak2 je semua pastu steam for 20min sambil buat lah pape. Then blend & masuk bekas utk 3 hari simpan dlm fridge. Ni kalau saya malas nk menumis ayam/ikan la so kasi steam je. Sometimes while tunggu 20min tu saya tumis ayam/ikan. Sambil dukung anak yee menumis tu kadang. Mudah je mommy. Takyah lah percaya product2 overclaim ni

Baca lagi

Sy dulu bagi anak mkn carelac lps pernah bagi anak try makan bbur. Dn tu kesilapan sya. Sbb carelac tu manis. So bila manis anak akan suka dn prefer carelac jer bbnding bbur. Bbur lbih bkhasiat sis. Anak sy makan carelac berat tak naik. Kurus. Tak byak khasiat berbanding bbur. Lbih baik sis bljar buat resepi mknn bby frozen utk ibu2 yg bkerja. Dlm tiktok byak org ajar cara. Dari kita je nak luangkan masa bljar atau tak demi anak. Sy tak cadangkan carelac kcuali sekali skla ja mgkin masa travel ke apa.

Baca lagi

better buat sendiri sis makanan baby, nestum cerelac tu mcm manis je.. kalau rasa penat atau rushing nk buat makanan hari2 boleh buat smnggu skli sis letak dlm freezer boleh tahan lama, bangun pagi tu boleh panaskan letak makanan baby dlm thermos food jar yg tahan lama, atau boleh juga bagi yg beku tu nanti suruh babysitter panaskan time baby nk makan, sy buat mcm ni dulu sis. Kalau mcm dessert baby tu boleh prepare utk 2,3 hari terus, suruh babysitter simpan dlm peti dulu nk makan baru keluarkan.

Baca lagi

sis kena berkorban sikit untuk sediakan makanan beberapa bulan .. mmg payah sikit. dulu saya buat simpanan frozen .. tu pun saya rasa kesian kat anak makan frozen .. apalagi nak bg yg instant hari2 kat anak yg kandungan gula tinggi.. tp benda cmtu ada je untuk standby, bukan tk bg langsung. kita mmg ada time tk larat semua .. time tk larat nak masak, puan boleh beli yg ready cook untuk bayi. banyak jenama skrg yg sesuai untuk bayi tanpa garam gula perasa tu ..

Baca lagi

sy bgi ank sy mkn yg tu sbb dia bila mkn bubur asyik cirit je tak boleh terima dh tukar beras mcm2 dia tak boleh terima lpastu sy bgi cerelac dia mkn okey smpai umur dia 9bln mcmtu start balik mkn nasi tgk dia okey dh tak cirit xde memilih mkn pun skrg elok je mkn nasi hari2 tapi terpulang pada sis ank masing2 nk bgi mkn apa asalkan dia mkn tu je . Kalau nk kata manis tu ank sy minum susu formula memg manis pun sama je 😅

Baca lagi
TapFluencer

Untuk tiap2 hari, tak sesuai lah. Cerelac kandungan gulanya tinggi. Organ anak belum matang lagi nak terima makanan tinggi gula dan garam. Bagi real food, macam2 anak boleh belajar rasa, tekstur, pegang makanan bagai. Nanti banyak miss perkembangan tumbesaran awal anak dari segi sensori klu bagi cerelac je.

Baca lagi

better bg real food sis. nestle cerelac ni manis sgt. sye bg ank sye mula2 je masa 6m tu pun dlm 2-3kali. pastu trus sye xbg. kalau sis rasa malas nk masak hari2, apa kata sis prep siap2 untk 2-3hari ? masak bnyak then letak dlm chiller/freezer. nk makan panaskan je nnt.

Baca lagi