Anak taknak makan

Boleh ke baby 7 bulan mkn sekali je shari ? Anak sy susah sgt nk mkn . Bila nk bg mkn je melalak2 . Tghri je dia mkn tu pun 5,6 suap je . Dh mcm2 mknn dh sy cuba buat smua x nak . Hritu msa baby x nak mkn lgsung suami cuba bg cerelac , laju plk dia mkn smpai licin mgkuk tu .

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ank sya sejak 6m sya try bg bubur kosong dan jg cerelac . masuk 7m , try2 cerelac yg ada perisa spt campuran buah-buahan / sayur-sayuran . bubur nasi dia pula sya mix dgn telur, kdg isi ayam dan sayuran. skg dia dh 8m, bg cerelac mmg dia x brp suka. yg biskut milna tu pun dia x suka. dia lg suka bubur nasi yg sya buat tp sya still blend halus sbb dia xda gigi lg. semangat btul dia mkn kalo bubur nasi yg sya buatkan, sehari 3x makan. sekali mkn porsi nya 10-12sudu makan org dewasa. ramai ckp jgn biasakan bg bubur instant, biskut bayi sbb manis dan perisa kuat. tp baby sya makin lama makin reject plak cerelac dan biskut. asal bagi je nangis. mgkn jg sbb ank sya full bf jd x biasa dgn perisa2 tambahan. sbb susu fm pun sma jg, tulis je tanpa gula tp still ada gula tambahan. kira2 lg jimat buat bubur sndri. harga cerelac 1tin tue pun dh sama mcm harga beras 5kg.

Baca lagi
VIP Member

Hi, 1-2 kali sehari is okay. 5-6 suap tu masih dikira anak makan ya. Bukan anak tak makan. Jangan risau😊 Keep on offering real food to baby. Elakkan instant food sebab ada gula dan garam tambahan. Reason baby makan cerelac sampai licin sebab sifatnya manis. Jadi baby lebih tertarik nak makan. Puan boleh dapatkan sweetness of food daripada real food juga. Boleh bagi baby makan sweet potato, pumpkin, fruit puree contoh: avocado + buah naga. Satu lagi, nak tarik minat anak makan Puan kena create a happy and stress-free environment. Boleh suap sambil bernyanyi kepada anak. Berkomunikasi dengan anak. Bagi anak pegang tekstur makanan. Jangan marah bila bersepah atau comot. Harap membantu.

Baca lagi

x apa pn. baby bawah 1 tahun die masih bergantung sepenuhnye kepada susu. main food die masih susu. cerelac tu die suka kot sbb ada perisa manis. kalau bg bubur kosong tu kn x de perisa. tu yg baby pn habis makan 1 mangkuk cerelac. nk elakkan anak picky eater, sbb tu kena elakkan bg instant food yg ada perisa nie. masa mula2 introduce makanan kt die walaupun kt pack tulis 0 sugar, tetapi masih juga ada sugar/ perisa tambahan.

Baca lagi

normal sis. tapi sebaiknya jangan bagi baby sis cerelac. baby 6- 8 bulan ini proses kita kenalkan makanan. bukan kita nak sangat dia makan banyak sekali jalan. sikit pon tak apa. kerap bagi makan, offer je kat anak makan. dia tak nak tak apa, nanti offer lagi. jangan paksa anak makan, nanti dia trauma dan rasa masa makan ini masa yang tak seronok. puan boleh cuba follow grup HBFM di FB. insyallah membantu puan

Baca lagi
VIP Member

Saya bagi baby saya makan cerelac. Ada byk brand mcm cerelac tu . Tak ada masalah kalau baby active walau ada gula sikit ke apa. Bila nak beralih ke bubur, boleh campur sikit susu formula dia dalam tu biar rasa tu familiar. Lama lama baru stop. Saya ada beli mcm cerelac tp brand milna, bubur ayam dan carrot. Boleh cuba tu sebab rasa mcm real bubur. Pastu shift kepada real food.

Baca lagi

Ceralc tu manis.. Sbb tu baby laju je mkn nya.. Cuba try buat kasar kn sikit tekstur bubur nya.. Mcm ank sy, bila sy bg bubur yg cair tu x nak mkn.. Sy kasar kn sikit tekstur bubur nya baru nak mkn. Sis cuba produk izzly.. Sy pakai produk ni.. Alhamdulillah ank selera mkn.

Tak apa mommy. Sebab boleh cover dengan susu juga. Memang ada hari baby akan makan banyak, ada hari dia nak minum susu lebih

VIP Member

Try bg puree x sis? Or kalau gusi dia dah kerasa bg yg solid sikit mungkin dia dah bosan food lembik2

2y ago

Sllu puree sy cmpur dgn bubur kosong . x prnh bg puree tu trus

Cuba cmpur dgn susu ,,bg rasa manis air susu kita tu,inshaAllah

ada sape2 yg prkenalkan cerelac kt bby ke?

2y ago

Suami yg bgi . Sbb dia tgok anak susah nk mkn dia try bg cerelac