Cara naikkan berat baby

Bayi sy usia 9 bulan. Tapi kurang berat badan tak capai berat yang misi nak dalam graf. Tiap timbang naik 300g je sebulan. Makan 5 kali sehari. Ada makan roti juga. Bubur ada campur ayam lobak. Kadang rebus telur dalam bubur. Dalam seminggu ada lah makan buah macam pisang. Susu dalam 20 oz sehari. Minum susu S26 dulu langkah 1 sekarang tukar langkah 2. Ada suggestion lain tak macam mana nak naikkan berat badan baby.

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sy cuba bg contoh apa baby sy makan. 9 bulan juga. breakfast: potato cheesecake/penkek pisang/labu pisang steam cake/yoghurt + puree buah/sweet potato ball/jemput2 sayur/tauhu berlauk. lunch & dinner: nasi/ayam @ daging @ ikan/sayur/egg tofu/tofu/jagung/tomato. baby sy tak suka tumis2. so sy wajib tambah mirepoix/chicken feet stock/tomato paste kt menu2 ni tukar2. dessert/snek: puding mangga/puding buah naga/bergedil daging/cheesekut/labu kuah santan/banana caramel creamy/bubur sumsum buah naga/mangga/creme brulee/kek lapis dragon fruit/sagu kurma puree/puding roti bakar/shepherd pie. byk lg tp panjang sgt pulak nanti. kalau sis buntu nk letak apa kt nasi, cuba buat sarapan/snek yg tinggi karbo/kalori. dekat snek/dessert senang sikit nk tambah cheese/santan. kalau tiap kali makan ada karbo, inshallah berat boleh naik. baby sy 9 bulan berat 9.1kg. full fm juga. happy cooking! cuba tgk ig/tiktok/fb hbfm selalu ya. mom2 kt sana raaaajin sgt share menu2 sihat utk baby.

Baca lagi
3mo ago

wah info yg sangat membantu sy. terima kasih ye. nanti try buat menu baby. tq sebab sudi bagi suggestion sharing info.

menu baby awak hanya ayam dgn lobak sahaja ka? lain2 xde ke dear. boleh buat makanan bertumis utk baby. boleh masokkan santan, susu full cream, unsalted butter, cheese mcm masak lemak, masak kurma, kari, buttermilk, etc breakfast - overnight oat, bihun goreng, waffle, pancake, baked sweet potato, etc lunch - bubur + lauk bertumis. tak semestinya baby wajib makan bubur je. awak boleh buat pasta, macaroni, bihun sup, mee kari, etc snacking - boleh pelbagai kan jenis buah. dessert (cheesekut, puding, panna cota, muffin). bubur jagung cheese, serawa labu, serawa pisang, banana creamy, etc

Baca lagi
3mo ago

or maybe try naik texture makanan dia.. bubur rendah kalori, lagi2 cair yg hanya banyak air.

Ok la tu sis naik 300gram, anak sy last check up 8bln naik 100gram aje. Ni dah masuk 9bln makin kurang mkn, biasa sy bg 4x skrg 3x aje sbb dia suka tidur skrg dan bila bg mkn pun tak habis. Susu 4oz sekali ada la dlm 4 5 kali sehari selain susu badan. Sy dh try mcm2 resepi naikkan berat tp mmg susah naik berat anak sy ni, nti check up 9bln minggu dpn tak tahu la naik brp 🥲 Sy tgh ikhtiar mandikan dgn sabun cacing, tp anak sy alhamdulillah sihat dan aktif/lasak bermain.

Baca lagi
3mo ago

mungkin sbb tu kot sis baby bawah setahun mmg kene tido lama atau kerap tido.

cuba kerapkan lagi bagi susu awak, maksudnya 24oz keatas sbb anak sy 7 bulan sehari minum dalam 28-30oz sehari, berat naik alhamdulillah cantik je . sbb baby bawah setahun kan sumber utamanya susu, kalau atas setahun baru fokus makanan, skrg cuba fokus susu dulu, disamping makanan tu buat yg lemak² sikit, macam tumis dgn butter dsbgainya..

Baca lagi
3mo ago

dah bagi kerap. baby sy cuma minum 3oz - 3.5oz je sekali susu. jarak 2 jam siang. malam pula jarak 3 jam. kadang tak habis pun 3oz. sejak makan pejal jadi makin kurang menyusu.

kadang susu formula tak sesuai dengan anak sis....mcm anak buah saya kes macam ni kuat makan sampai 1 tahap nurse suruh ubah susu formula ya...alhamdulilah berat da naik...tapi ini hanya pendapat saja😁

3mo ago

ha'a.. baby sy colic usia 2-3 bulan beratnya turun

Mcm anak saya minum susu dutchbaby n campur nestum sikit masa timbang 6 bulan berat 8.2kg.....then bgi mkn nasi ramai ckp kata cheese bagus bgi berat naik

3mo ago

prnah try campur nestum dia x nak huhu. asal letak cereal dalam susu dia tolak.

Mungkin boleh bg snack makanan anak yg letak cheese, santan, fullcream, yogurt, peanut. Makanan berkuah pon tinggi kalori jugak boleh naikkan berat bdn.

3mo ago

Dah cuba juga letak cheese fullcream. Bubuh minyak sikit juga.

banyak juga makan tu. ank sy sehari makan 2 kali je meal. buah 1 kali. biskut 1. berat naik 200 grm je sebulan.. mungkin susu la kot tak sesuai..

3mo ago

baby sy dia macam suka makan bebanding menyusu. bila bagi susu dia tak nak, sy bagi makan dia nak pulak. kecuali nak tido je dia menyusu.

kalau tengok kat graf berat buku anak kan, dlm umur 7m-17m tu tgk kat garis graf berat normal, mmg naik dlm 300g sebulan

3mo ago

ya.. tapi berat nya drop masa usia nya 2-3 bulan jadi kbb. memang naik 300g dah tapi kena naikkan lagi 200g utk dapat kan berat yg sepatutnya dlm graf.

9bulan main source nutrition dia masih susu ya mommy. 1y baru kena fokus makan. sekarang masa utk belajar cara makan

3mo ago

so kena kurangkan makan?