Macam bau-bau nak kena cucuk insulin
Bacaan pagi tadi. Saya start puasa jam 4 petang. Last meal nasi putih tak habis, ayam kampung goreng, sayuran mentah (carrots, timun, daun salad), sambal hijau sesudu. Lepas 4 petang saya minum air masak sehinggalah jam 12 tengah malam saya telan sebiji metformin dan masuk tidur. Harini kena ambil bacaan bsp, dan bacaan pagi-pagi dah meroket macam ni. Saya ni pendek kata dah give up dah. Jaga makan tak kena, tak jaga pun tak kena. Makan sikit tak kena, makan banyak tak kena jugak sebab saya akan termuntah. Memang selera makan dah turun sejak fobia tengok nombor. Makan nasi sekali sehari tak kena sebab baby kurang aktif, makan nasi 2 kali sehari lagi tak kena sebab gula akan mencanak macam ni pagi-pagi. Dua minggu sekali memang stress tengok nombor kat glucometer ni. Stress sampai nak bercakap dengan orang pun rasa nak marah. Esok lagi bertambah stress bila kena menghadap nurse dengan doktor. Confirm lah duk zikir ayat sama "ha kenap tinggi ni" Saya ni nak makan pun dah takde selera. Nasi saya separuh pun husband habiskan. Syok tengok ibu lain mengidam macam-macam boleh makan macam-macam. Saya ni teringin milo ais kosong pun rasa nak marah diri sendiri sebab teringin benda-benda macam tu. Telan air liur je tengok orang minum kat kedai. Kalau saya tahu bacaan tak memuaskan hati macam ni saya lenjan je la milo ais kosong pun. Btw saya dapat metformin lepas bacaan bsp saya ada la satu hari tu 2 kali merah Fasting (8 pagi) dengan pre bed (10 malam) Sejak makan metformin bacaan is pre bed cantik. Terus mendadak turun dari 8.1 kepada 4.3 😅 Setakat ni fasting tu je la bermasalah. Doktor pun tak tahu nak buat macam mana sebab tu dia minta saya makan metformin sebelum tidur. Sesungguhnya saya dah tak kuat. First pregnancy pun saya dah tak kuat. Saya taktahu nak hadap yang seterusnya macam mana. Saya tak sampai hati nak bagitahu husband yang saya macam dah takut nak mengandung lagi sekali sebab dia macam mengharap sangat ada anak lagi lepas yang ni..